BeRkAbUnG…
November 14, 2007

Takziah beta ucapkan kepada En Sinai sekeluarga atas kematian Mendiang Bah Sam a/l Sinai (Bah Kosh). Mendiang Telah menghembuskan Nafas terakhir pada malam semalam. 13 November 2007. Berikut adalah kronologi kejadian.

12.November 2007

7.45 pagi-Mendiang hadir kesekolah setelah seminggu tidak hadir ke sekolah. Pagi isnin itu Beta amat baik sekali menyuruh mendiang memakai pakaian dahulu sebelum menyuruh dia ke medan perhimpunan. Mungkin kerana mood guru bertugas agaknya.

Jam 8.20 pagi- perhimpunan tamat, beta masuk ke kelas sekejap memberi arahan supaya semua murid menyiapkan KID BIJAK yang telah beta bagi pada minggu lepas. Beta lihat semua murid mengambil Kid masing-masing. Bah Sam terkontang-kanting melihat beta seolah-olah meminta simpati. Beta memanggil mendiang untuk mengambil KID BIJAK. Ringan mulut beta bertanya kenapa beliau kenapa tidak hadir minggu lepas. Beliau membalas ringkas "nyaknyik" beta mengangguk. Lantas dia meluru ke meja beliau. Beta mengerling jam didinding…

Jam 8.25 pagi- lantas beta mengarahkan pengawas mengawal kelas kerana beta harus ke bilik mensyuarat untuk menghadiri "Mensyuarat kurikulum kali ke4 dan perancangan 2008".

Jam 10.15 pagi- Beta meminta izin keluar sebentar dari bilik mensyaurat untuk ke kelas bagi melepaskan anak-anak beta untuk menjamu selera. Kemudian beta kembali ke biik mensyuarat.

Jam 10.45 pagi- Beta kembali ke kelas sebentar untuk melihat anak-anak beta, Beta sudah tahu 2orang sudah balik, beta sekadar bertanya kepada murid kemana mereka? untuk melihat keperihatinan rakan sekelas. Semua berkata Bah Kosh samak Bah Pendek Enjuk chegu, Nyaknyik. Aku mengiyakannya. Terus menonong Ke bilik Mensyuarat kembali.

Jam 11.30 Tgh -Anak-anak beta pulang.

13 November 2007

Jam 8.00 pagi- Beta semak kehadira anak-anak beta, Bah Sam tidak hadir. Beta bertanya kepada semua murid kenapa? Bereka berkata "Bah Kosh Nyanyik temak ie empak". Sesi P&P berjalan seperti biasa.

Jam 5.00 ptg- Gerimis membasahi bumi titom, Kedengaran dengungan Helikopter Nuri dari jauh. Beta lihat ia semakin hampir dan berlegar-legar mencari kedudukan angin yang sesuai untuk mendarat. Beta meluru keluar melihat Ke landing pad.

Jam 5.15 ptg-  Helikopter Nuri Melakukan Penerbangan Ehsan untuk membawa Bah Sam ke Hosital Ipoh. beta lihat mendiang lemah terbaring dipangku datuknya,petugs tentra udara memangku mendiang dan meletakkannya di pengusung dan menaiki heikopter sambil diiringi doktor. Beta sekadar melihat.

14 Novmber 2007

Jam 9.00 pagi- Beta dikejutkan dengan kehadiran petugas kesihatan untuk menyembur racun pencegah (Kawalan) Malaria di rumah. Beta membuka kunci bilik. Semasa dalam perjalanan beta berselisih dengan Batin Ramli. Beta sekadar melemparkan senyuman dan bergurau dengannya. 

Jam 9.15 pagi-Beta kembali ke kelas semula.

Jam 10.15 pagi- Beta melepaskan anak beta untuk menjamu selera dan beta kembali ke rumah guru untuk minum. Sedang Beta minum Cikgu Ro membeitahu beta Bah Sam telah meninggal Malam Semalam disebabkan Komplikasi patah tulang itu berita yg disampaikan Batin Ramli tadi. Beta tergamam dan terkesima.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mendiang BaH Sam (B.kOsH) Dalam Kenangan.

(kotak hijau kecil)

Pelajar prasekolah SK Titom.

Berusia 5 tahun yang mudah tersenyum.

Pelajar yg pendiam dan suka mengelamun.




PraDaTi ~*(^._.^)*~ KiFrA
November 13, 2007

Termenung ku duduk mengelamun jauh emoticon, Memikirkan nasib ku emoticon, kegelapan di sudut jendela ini emoticon, rembulan bersembunyi emoticon, menghiburkan hati yg gundah gulana emoticon, tak tahu bagaimanaemoticon, tiba-tiba ku lihat sikunang-kunang beterbangan berduaemoticon, apa agaknya berita yg kau bawakanemoticon, ceritakan lah padakuemoticon, aku tersenyum dan ku ketawaemoticon, melihat riang berdua beterbangan menyelipkan cahayaemoticon. kau yg menerangi hati ini dgn cahya yg bercahaya berseri emoticon, lantas ku terlupa laraku emoticon.

Hari ini beta bosan yg amat, tak tahu mengapa kebosanan beta seperti gerimis hujan yang mengiringi hari ini. Bertukar ganti menemani sekeping hati yg kering dan menunggu masa untuk hancur ditiup sang bayu lalu menghilang. Beta biarkan beterbangan mengikut alur-alur gemersik bayu membelai lelalang, melintuk-lintuk kekiri dan kanan. Dedaun yang berguguran dari tangkainya jatuh ke tanah. Resmi kehidupan perpisah itu memang terjadi, Samada perpisah direlakan atau tanpa rela. Semuanya menjadi ketentuan. Matahari pergi meninggalkan bumi ini namun ia berganti dengan kehadiran sang rembulan, untuk menyinari kehidupan walau x secerah matahari. Begitu jua proses kehidupan patah tumbuh hilang berganti. Bukan niat dihati mengingkari janji tidak terlintas mengkhianati kata. Sesuci mutiara kau tidak pernah bernoda, hanya beta yang bersalah… Maafkan beta menggangu sikunang-kunang berterbangan. Biarlah kau bebes berkelipan, mengelipkan cahaya.




SPM Bermula…
November 12, 2007

Seramai 439,255 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini mula menduduki peperiksaan itu, yang akan berakhir pada 6 Disember depan.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini, daripada jumlah itu, seramai 386,265 (87.9 peratus) adalah calon sekolah kementerian, 14,672 (3.3 peratus) calon sekolah kerajaan negeri dan tajaan badan-badan tertentu, 10,687 (2.4 peratus) calon sekolah swasta dan 27,631 (6.3 peratus) calon persendirian.

Peperiksaan itu berlangsung di 3,913 pusat peperiksaan seluruh negara.

Mata pelajaran yang diduduki calon pada hari ini ialah Bahasa Melayu Kertas 1, Bahasa Melayu Kertas 2, dan Sejarah 1, manakala mata pelajaran terakhir pada 6 Disember ialah “Information and Communication Technology”.

Sementara itu, seramai 66,051 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan menduduki peperiksaan itu mulai esok hingga 5 Disember ini.

Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia hari ini, 57,395 daripada mereka adalah calon sekolah kerajaan, 2,454 calon sekolah swasta, 5,534 calon persendirian dan 668 calon sekolah kerajaan negeri.

Peperiksaan itu diadakan di 748 pusat peperiksaan seluruh negara.

Copy From UTUSAN ONLINE.

Wish Beta Kepada Semua Calon-Calon SPM 2007 Dapat Menjawab Soalan Dengan Tenang. All The Best.




RENUNGLAH…
November 7, 2007

Pernahkah anda menatap orang-orang yg anda amat sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur. Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya. Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur. Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya. Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan beta serta anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut beta kenyang dan pendidikan beta lancar.

Sekarang, beralihlah. … Lihatlah ibu anda…. Hmm…kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi beta dulu, kini kasar kerana menempuhi k’hidupan yg m’cabar demi beta. Orang inilah yang tiap hari menguruskn keperluan beta. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli beta semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering beta & kita salah ertikan. Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu… Ayah, Ibu, Suami, Isetri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya… Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang2 tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar. Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu utk mengungkap segalanya. Tanpa kata, tanpa suara dia berkata… "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini". Dan penyebab lelah/penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah BETA (KITA)….. Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama beta. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua. Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih itu" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya …




Ketentuan.

Ramlah Ram- Ketentuan

Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta, hampa kecewa
ku tekad sembunyikannya dari pandanganmu

Ku rela begini
Berakhirnya di sini
Dari bersamamu terus berpura
Setelah cinta tiada lagi di hatimu

Chorus

Ku hapuskan airmata dari mengiringi
Kesengsaraan mengharung perpisahan ini
Ku pujuk jiwa nestapa
Pendamkanlah duka
Pasrah pada lara ketentuan ini

Tak semudah kau rasa
Melepaskan kau pergi
Hati yang terluka dikunjung jua
Kerinduan yang tidak tertanggung terhadapmu

*Bridge

Sesungguhnya
Ku tahu betapa sukar untukku
Menempuh hidup
Walau sehari tanpamu
Ku terseksa.

Bestkan lagu ni, beta 1st time dgr kat hot fm radio. Skali dengar hati beta mengatakan lagu ni sesuai dengan halwa telinga beta dan boleh pergi jauh. Ketentuan kita biarlah tuhan menentukan. Andai ini titik noktahnya… ku berserah