Titom keranamu kami di sini
February 23, 2008

Untuk menyaksikan Sebahagian video SK TITOM.



~HUJUNG MINGGU~
Miggu ni beta x kuar so terperuk aje lah kat bumi titom ni.Selama beta kat sini beta x pernah pun tahu pada setiap hari sabtu ada pasar ( ala mcm pekan sehari tu). So beta dah janji ngan romi nak ke pasar berkenaan. Teruja gak ye lah duk tengah2 utan ni bleh ader pasar la. Nak tahu gak mcm mana rupanya pasar kat sini. Sobila sampai meriah gak keadaannya walaupun hanya ada 4 orang menjual 3 menaiki 4w4 dan sorang naik moto.wawawa…jangan x cayer. jom layan gambar.
1. jual pelbagai makanan ringan dan makanan basah termasuklah keperluan asas semua ada.
2. sama gak tapi yg ni lagi banyak barang dia.
3. yang ni jual kain baju.
wow..seronok gak rasanya bagi beta berkunjung di pekan sabtu di tengah belantara. beta beli seekor ayam, 2 buku roti, makan ringan, ais pop, jeli dan air tin. Abis gak lah 15 inggit. Seronok sekali shoping kat sini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Petang Jumaat
Petang smalam mean jumaat, beta bangun tido je tengok rumah x der org? mana romi pegi? rupanya dia merayap kat kampung. So beta join gak dia almaklumlah just tinggal 3 org je. Din kuar sabtu pagi tadi. Just beborak-borak ngan org kampung sambil melawat yatim yg tengah deman. Pastu beta n romi join bebudak ni main. Sronok gak sekali-sekali jadi bebudak. So kita org main buatrumah. Lebihan kayu yang ditinggalkan pekerja kontrak buat asrama tu bebudak kutip. So kita org buat la susun2 kayu tu buat tingkat2. Pasru ratakan tanah ibarat sebuah kampung yg rumahnya moden. Pastu bebudak ni kreatif, diaorang dekorasikan dgn lanskap. Ditambah bunga. Pokok la dan lain2 lagi. Tapi memang best la sekali sekala main cam bebudak walaupun usia dah tua. Kalu korang x caya cuba korang try sekali main cam bebudak sure enjoy and boleh hilangkan masalah serta bosan.



~SUSAH SUSAH AJE~(Part 3)
~TITOM iN MAKING~
(,")~(",)
Dahulu hanya sebuah denai yang selebar sedepa dan hanya membolehkan motosikal serta pejalan kaki. Itulah senario yang sudah hampir 2 tahun lebih beta lalui. Segala susah senang, pehit dan getir hingga dihati terdetik mengapa aku ditempatkan disini? mengapa tidak orang lain?. Sedangkan guru2 lain senang bersama keluarga dan orang tersayang beta terasing jauh dari keluarga mahupun kekasih pujaan hati. Dahulu hati kecil ini pernah terdetik "apakah malang nasib beta?" Tapi itu hanya kisah dahulu seawal beta melangkah dibumi titom ini. Namun selepas itu beta rasakan alangkah bertuahnya beta disini. Mengajar dan mendidik insan yang bersih, beta corakkan secantik mungkin. Beta bersyukur kerana keterpencilan yg dahulu sunyi kini bagi beta aman sekali. Tidak sia2 beta menunggu selama itu. Namun kini wajahnya bakal berubah selaras proses urbanisani global. Denai dahulu bertukar jalan tanah merah. Sekadar jalan asas tanpa ketulan batu. Namun ia sudah memadai bagi beta. Biar ada dari tiada langsung. Biar merasa dari tidak dapat apa2.

Proses pelebaran jalan.
Syukur kini jalan terbentang ibarat lebuhraya.
Titik terakhir penghubung.
Jerih perih dahulu menjadi saksi pengorbanan kami. Darah mengalir dari luka jatuh motosikal itu tanda jasa kami, Titik-titik peluh keringat yang mengalir itu pembakar semangat kami, Mengalah itu bukan prinsip kami, Keterpencilan bukan halangan, Excelent is never an accident .
~ADIOS~



~SUSAH SUSAH AJE~(Part 2)
February 22, 2008
~TITOM iN MAKING~
(,")~(",)
Untuk pengetahuan sekalian rakyat jelata, Disebabkan kedudukan geografi bumi titom di hutan belantara serta jauh di pedalaman sebahagian daripada keperluan untuk proses pembinaanya diangkut mengunakan Helikopter. (Sabah Air). Maka 3 harilah beta terpaksa memekakkan telinga serta menjerit2 untuk mengajar almaklumlah bunyi helikopter tu lebih kuat dr suara beta. Naik sakit tekak beta. Aduh… hihihi. Yang paling klaka skali masa rehat je berkumpullah bebudak ni melihat helikopter tu berulang alik sehingga dah abis rehat pun x sedar. Kena la beta n the gang panggil suruh masuk kelas. Pas tu hari kedua semua dah naik bosan n muak mengadap halikopter. Beta ni kan nakal slamber je masa dalam kelas menyakat bebudak…" Ape tutup2 tlinga, pergilah tengok helikopter tu, cikgu bagi tengok arini"~ Bebudak tu ngan slamber jawab " dah jemu chegu, Bising" Hihihihi… geli perut beta mendengar nya. Ye lah kalu memula heli tu datang semua duk beridai kat tingkap nak nengok. Jom layan Gambar…
Proses mengangkut simen.
Lihatlah betapa rendahnya helikopter ni terbang. Beta dalam bilik guru.
Sape leh teka heli ni bawa ape??? Tangki najis da… Uwekk.
Yang ni dia bawa pembancuh simen .
Ok lah sebenarnya banyak lagi beta snap, x kuasa beta nak tepek banyak2. Ok lah part 3 menyusul nanti.
~ADIOS~



~SUSAH SUSAH AJE~(Part 1)
February 21, 2008
~TITOM iN MAKING~
(,")~(",)
Hihihihi… Seronoknya beta skarang, memang sronok. Mana taknya tidak sesusah dahulu. Syukur beta kepada yg maha esa kerana atas kurniaanya. Korang nak tau… LAYAN ajelah, Susah susah aje… Malas beta nak tulis. JOM LAYAN…
Hihihihi kemudahan untuk warga Titom & kampung berhampiran.
 Kerja~kerja awal untuk pembinaan asrama di titom.
Kerangka mula dipasang.
Ok part 1 berakhir disini nanti sambung lagi eks. Pembinaan asrama di sk titom ni bermula seawal januari lagi tp beta x sempat nak upload gambau and tulis cerita coz busy yg amat sgt nanti part 2 akan menyusul.
~ADIOS~