~PROBAK~
March 29, 2008
Hari sabtu 29 mac adalah hari persekolah rasmi bagi Seluruh sekolah yang mengambil cuti berganti pada PRU 12 lalu. Bagi sekolah beta, pada hari berkenaan sesi P&P digantikan dengan program PROBAK. Program probak iaitu program bakti anak angkat sangat berguna kerana melalui program berkenaan dapat mengeratkan hubungan antara murid dan guru. Dengan aktiviti2 yang disusun atur kemas bagi melancarkan Program berkenaan dapat memupuk kasih sayang yang bertetusan. Melalui aktiviti ini juga guru dapat lebih mengenali anak2 merud mereka. Dengan erti kata lainnya program ini melupuskan sempadan guru dan murid serta diganti dengan hubungan Ayah dan anak mereka. Program ini lebih kepada montor mentee serta penerapan kasih sayang yang amat berkesan. 
Pogram dimulakan dengan aktiviti perhimpunan untuk memberi sedikit taklimat serta pesanan kemudian satu gotong royong perdana dijalankan untuk membersihkan kawasan bilik darjah serta kawasan sekitar sekolah. Penerapan nilai kebersihan diterapkan bagi mewujudkan sosio pembelajaran yang kondusif serta merangsang pembelajaran.
Kemudian diadakan perhimpunan sekali lagi bagi memecahkan murid kepada ayah2 angkat mereka. Beta mendapat 11 orang anak iaitu Amri, Jemah, Rahim, Robiah, Rosi, Juliawati, Shahlan, Edy, Sharifah, Bah Dien dan Intasa. Mereka terdiri daripada pelajar prasekolah hingga pelajar tahun 6. Selesai sesi pembahagian anak angkat beta beta bertanya kepada mereka tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti. Bagi beta jika beta mahu memilih dibenarkan namun beta tidak mahu bersifat autokratik dan lebih kepada demokrasi. Biarlah tempat yang mereka selesa agar input yang akan diberikan dapat dicapai 100%. Mereka memilih dibawah pohon jarak yg redup, dalam hati beta pandai mereka memilih tempat. Beta melakukan sesi suaikenal dengan mereka memperkenalkan diri walaupun beta sudah kenal sengaja beta mahu melatih sifat berani berkata dihadapan orang. Aktiviti seterusnya adalah perbualan kosong bagi menerapkan motivasi banyak hal yang diborakkan beta sebagai pendengar yang setia mendengar masalah mereka dan mencadangkan jalan penyelesaian dan meminta pendapat rakan2 lain. Peranan aktif anak2 beta sungguh membuatkan beta teruja. Seterusnya aktiviti ais breaking bagi melonggarkan seta refesh mereka. Beta lakukan aktiviti permainan kecil yang berjenaka hingga mereka ketawa mengekeh2. Diskusi seterusnya lebih kepada rasa hormat dan sayang kepada ibu bapa. Anak2 beta 4orang telah kematian ibu membuat sesi menjadi agak hiba. Beta menerangkan walaupun tiada ibu mereka masih mempunyai ayah dan beta sebagai ayah angkat mereka, Walau terpisah oleh kematian perhubungan antara ibu dan anak itu tidak putus masih ada talian yg lain yang boleh menghubungkan mereka. Beta lihat ada sinar jernih berkca di mata2 mereka. Beta hiba. seorang demi seorang beta tenung dan seterusnya memberitahu bahawa kasih sayang ibu ayah berpanjangan walaupun mereka telah tiada. Patah sayap bertongkat dagu, patah dagu bertongkat paruh.
Selesai aktiviti perbincangan semua murid dikumpulkan seta diberi nasihat agar berhati2 dan waspada serta sentiasa mendengar nasihat ayah2 angkat untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu berkelah di lata TITOM. Beta amat teruja kerana kali ini beta mahu berkelah bersama anak2 beta.Meraka semua pun begitu. Sesampai di Lata semua murid dikumpulkan sekali lagi bagi memastikan tiada murid yang tercicir. setelah itu aktiviti mandi manda….. Yohoo.
Kesejukan air lata tidak di endahkan, keseronokan bercampur baur. Ada yang berenang ada yang bermain air. Hialai tawa dan senyuman menghiasi pagi itu. Setiap keluarga dibekalkan satu syampoo dan sabun mandi. Beta melihat mereka mesyampo rambut dengan cuai sekali lalu beta menyampo rambut anak2 beta itu dengan penuh kasih sayang. Ada yang berkutu beta sental kulit kepalanya dan agar kutu itu gugur dan ada yang kakinya berlumpur beta berus maka terbitlah sinar kulit asli. selesai semua mereka tersenyum ibarat kerang busuk dan beta berkata apa lagi? dan mereka berkata Apak pula…. Ohh mereka mahu menyampo rambut beta dan beta berkata ok. Lalu berebut2 lah anak beta mahu menyampo rambut beta. Bayangkanlah secara bergilir 11 anak beta menyampo rambut beta.
Namun beta gembira kerana ia dapat mengeratkan kasih sayang kami. Dalam gurauan dan usik mengusik tadi ada yang malu, tadi ada yang ragu namun kini terlerai semua. Mereka senang dengan beta. Kasih sayang terbalas jua.
Selesai sesi mandi manda semua murid dibekalkan dengan air kotak serta sebungkus biskut. Selepas berehat sebentar menikmati hidangan ala kadar sambil memanaskan badan di unggun api kami beredar.
Sesungguhnya kasih sayang beta kepada anak2 beta tiada bertepian, akan beta terap dan menyinari mereka agar mereka berjaya berpijak dikaki mereka sendiri dan mampu memimpin orang lain untuk berdiri sama.
~ADIOS~



~DISINI~
March 28, 2008
Disini kaki ku berpijak, disini jua tempat ku menabur bakti menyemai benih-benih ilmu dan dibajai dengan kasih sayang serta disirami dengan kata-kata motivasi. Pusat menimba ilmu yang jauh di ceruk belentara, dipagari hutan yang malar hijau diserikan dengan anak-anak sungai yang bersimpang siur. Detik- demi detik keghairahan rasa membakar jiwa sanubari, keinginan melihat permata yang dahulunya malap kini bersinar, sudah digilap, dicanai dan bertahta di hati. Rasa sayang kini terpaut, sedih menghambat jika berjauhan. Bagai pungguk rindukan bulan, bagaikan rembulan rindukan sang mentari. Dari sinar mata itu lahir sejernih keikhlasan pinta dibelai, pinta diajar, pinta membawakan sinar dalam jiwa yang gelap gumpita.
Disini aku berdiri, menabur sukma bakti tanpa mengharapkan sebarang pulangan. Berdiriku dalam barisan yang lurus bersama-sama mereka yang mahu menumpang kasih walau seketika. Biar berlainan rupa, jauh sekali asal usul namun persetankan semua itu kerana Berdiriku disini sebagai lampu neon yang bersinar menyinari orang lain dalam kegelapan dalam mengatur langkah menyusuri sebuah kehidupan. Andai tatihnya acap kali jatuh akan ku pimpin agar ia boleh melangkah, andai nya pandai melangkan akan ku ajar ia berjalan lurus menuju puncak. Andai jalannya sudah pasti maka kan ku ajar ia berlari mengejar sang pelangi. Jika dia terjelopok jatuh akan ku ajar ia untuk bangun membina kembali dari atas keruntuhan kota melaka.
Disini aku duduk, duduk mendengar rintihan setiap mulut-mulut yang berkelumit mengadu serba serbi. Biarkan ia mengadu kerana berkemungkinan setiap apa yang dituturkannya melegakan apa yang tersirat dan tersurat. Agar terbit rasa kegembiraan dan sunyuman menguntum dari bibir bibir merah delima itu.
Di sini ku mengembara, dugaan hidup telah kita tempuhi, kini semuanya kulalui. kau, tahu ku tak akan mengembara selamanya tunggulah… sabarlah… ku kan kembali.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dipagari Rimba Belantara
Disusuri Liku Sungai Mengalir
Di Sini Tempat Kami Belajar
SK Titom


Usaha Mesti Kami Buat
Kerja Mesti Kami Lakukan
Di Sini Tempat Kami Dididik
SK  Titom


Kata Guru Jadi Panduan
Orang Tua Kami Hormati
Cita Kami Jadi Gemilang
Janji Kami Untuk Berbakti


Didik Kami Ajarilah Kami
Kebahagiaan Mengiringi Kami
Teguh Tetap Dalam Kalbu Tersemadi
SK Titom

Lirik lagu SK TITOM
~ADIOS~



~AIR oh AIR~
March 27, 2008
Air oh air kenapa engkau keruh?
Macam mana aku tak keruh lumpur banyak sangat…
Lumpur banyak sangat,
Lumpur oh lumpur…
kenapa engkau banyak?
Macam mana aku tak banyak hujan bawa aku…
Hujan bawa aku…
Hujan oh hujan kenapa bawa lumpur?
Macam mana aku tak bawa ?
Memang aku kena bawa…
Memang aku kena bawa…
Aduih arini air alhamdlilah dah ader semua saluran paip telah pulih seperti sediakala namun air yang keluar dari paip bagaikan air teh pekat. Berbau lumpur. Namun nak buat macam mana Beta tiada pilihan. Beta tapis air berkenaan dengan kain kemudian air itulah Beta guna untuk mandi. Memang menyiksakan.Selama ini belum pernah lagi beta rasakan air sebegini. Iyalah minggu ini memang amat menyiksakan.

Termangu Sang Camar
Melihat darah yang titis
Dari sayapnya
Di pohon ranggas berkurun

Air yang mengalir
Dari sungai-sungai kecil
Pun melimpah ke laut biru
Rimba membisu
Berteduh senja Lazuardi

Wahai kekasih
Sengaja ku singkapkan
Kisah sedih ini
Semoga menjadi cermin
Cintaku yang tersirat

Wahai kekasih
Berilah Nurbisa
Yang kau miliki
Semoga sembuh
Sayap yang terkulai
Sebelum malam.

~ADIOS~




~TEKAD & HARAPAN ~
March 26, 2008
Minggu ini adalah minggu yang amat mencabar sekali buat warga titom, mana taknya dalam minggu ini sahaja pelbagai musibah datang bertimpa-timpa. Beta berdoa agar semuanya berakhir dengan baik. Mungkin ujian dan musibah ini untuk menguji sejauh mana keikhlasan kami disini. Bagi beta tekad dan harapan tetap utuh andai kita semua bersatu. Ujian dan musibah ini jua untuk menguji setiakawan, keimanan, tolak ansur, pengorbanan dan kesungguhan. Semuanya ada hikmah disebalik ujian itu. Supaya menjadi lebih kuat dari sebelumnya supaya sentiasa beringat dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Dalam minggu ini hujan turun dengan lebat sekali, hujan rahmat yang membawa seribu pengharapan dan sinar buat alam ini. Hujan jua mengundang rasa cemas dihati beta, hujan kali ini lain macam sekali, ia turun dengan lebat sekali semacam mahu melemparkan amarahnya kepada manusia2 di bumi ini. Turun membasahi bumi dengan setia tanpa henti dan terus setia menemani hari-hari disini.
Minggu ini jua, bekalan air paip dari paip graviti jua mengundang masalah sudah beberapa kali terputus dek kerna tersumbat, jika hujan turun pelbagai bendasing dan batu-batu kecil masuk ke saluran utama paip graviti yang disalurkan dari anak sungai titom. Airnya jua keruh bak air teh lipton. Saluran air paip di rumah beta jua bermasalah kerna tersumbat dengan pasir. Masih ingat jika dahulunya beta pernah cerita ikan keluar dari paip tapi kali ini bukan ikan tapi anak ular yang sebesar batang lidi pula keluar dari paip. Kronologi bekalan air minggu ini agak kelakar bagi beta ,beta mandi di pelbagai tempat. Hari ahad beta sampai di bumi titom air sudah perlahan dan beta mandi dari diluar rumah, hari selasa beta mandi dalam bilik membasuh kerana gara2 paip di bilik air tersumbat dengan pasir pada paginya dan sebelah petangnya beta mandi air hujan yang ditadah.  hari rabu beta mandi di anak sungai berhampiran, bayangkan dengan kesejukan air sungai di subuh hari. Terasa hingga ke tulang temulang kesejukan itu.Malamnya pula beta sekali lagi mandi di bilik membasuh kerana sekali lagi paip di bilik mandi tersumbat.Air paip semakin keruh hingga menyebabkan mata beta gatal dan merah. Aduih sungguh menyiksakan namun kehidupan harus diteruskan dengan seribu senyuman yg menguntum dibibir. Beta hadapi ia dengan redha sekali.
Bencana seterusnya yang amat merungsingkan beta, beberapa jambatan yang menghubungkan Bumi Titom ini dengan kampung2 berhapiran telah hanyut dan terputus. Jambatan dari kampung jernang ke titom telah putus dan jambatan titom ke kampung sempar juga putus dan beberapa lagi jambatan kecil yang ranap. Titom kini ibarat sebuah pulau terputus hubungan dari kampung2 lain. Kehadiran pelajar jua merudum jatuh purata kehadiran pelajar amat mendukacitakan hari rabu Tahun 6 mencatatkan 58%, tahun 5 pula 57%, tahun 4 hanya dengan 47%, tahun 3 merudum ke 45 %, tahun 1 masih baik dengan 74 % dan akirnya permata beta di kelas prasekolah mendukacitakan dengan 44%. Kebanyakan pelajar yang hadir adalah pelajar2 yang tinggal dikampung titom sahaja. Pelajar di kampung jernang,sempar,cheruwes dan lain terputus hubungan sama sekali.
Beta berdoa agar keluarga beta dibawah lindungan allah swt. kerana jika sesuatu apa yg terjadi maka beta tidak dapat keluar.Namun Beta baru dapat YM dari sepupu beta dan adik beta mengatakan kakak beta dimasukkan ke wad kerana dia kena serangan asma dan mahu bersalin di HKL, khabarnya baru 2 cm dan abang ipar beta mahu refer ke hospital dipahang namun doktor saran tidak kerana berisiko sementelah kakak beta diserang asma. Beta doakan semuanya berjalan dengan selamat kerna jika seuatu berlaku beta tidak dapat pulang dan sejarah mungkin berulang dimana beta tidak dapat menatap wajah anak sedara beta buat kali terakhir, SOFEA ALLYSHA yg kembali kerahmatullah tahun lepas.Semuanya ujian buat beta.
Tanah runtuh merupakan musibah yg menimpa semua penduduk di titom. sudahlah jambatan terputus dan hanyut, kebanyakan jalan disini jua ranap dengan tanah runtuh di curam2 dan menutupi jalan berkenaan. Sudah jatuh ditimpa tangga. Keadaan jalan tanah merah disini semakin teruk dengan lumpur serta alur-alur air terbentuk di permukaan jalan berkenaan. Lumpur dan palitan tanah merah itu sudah menjadi kebiasaan buat beta namun tanah runtuh adalah pekara yg baru bagi beta. Jika dahulu tika jambatan hanyut boleh jua beta berjalan kaki namun kini semuanya mustahil. Amat berbahaya jika berjalan kaki dengan tanah runtuh yg menimbusi jalan serta rekahan di curam2.
Semua itu ujian buat beta dan beta terus dengan tekad disini dan terus mengharap semuanya akan berakhir dengan baik. Doa beta kirim usaha beta lakukan semuanya adalah qada’ dan qadar. Beta tempuhi dengan tabah dalam meredah hari2 yang mendatang dengan penuh keinsafan dan penuh bersyukur kerana beta masih ada nikmat lain. Tidak seperti org kampung disini. Beta masih diberikan rumah yg selesa untuk beta berteduh dari hujan. Berdindingkan simen dan kayu, beratapkan zink tidak seperti rumah masyarakat org asli disini masih ada rumah2 usang yg berdindingkan bulih yang diraut dan beratapkan jalinan daun nipah. Tidak dapat beta bayangkan mereka menempuhi ujian ini. Kesejukan membasahi batang tubuh mereka sedangkan beta berselimut tebal diatas katil empuk…. Mereka hanya beralaskan lantai buluh dan beratapkan nipah. Beta perlu bersyukur dan insaf atas segalanya. Bumi titom ini mengajar beta bersyukur sedanya dengan apa yg beta ada dan menghargainya kerana tidak semua dapat apa yg beta dapat… Beta sedar jika beta rasa susah dengan ujian ini masih ada masyarakat yg lebih susah.Tidak perlu memandang jauh kesengsaraan diluar negara sudah cukup bagi beta disini. Menghadapi hari-hari mendatang dengan sebuah pengharapan, dan beta bertekad untuk membawa perubahan kepada anak bangsa disini. Small Change for Big Change. Hadapi dengan senyuman.
~ADIOS~



~DEEBERS SUASANA DI TEPI PANTAI~
March 24, 2008
Dah bersawang blog ceria beta ni mana xnya beta sibuk dan menyibukkan diri. ye lah semenjak 2 menjak nie beta agak sibuk yer la banyak tugas skarang ni. Arini plak Meting Pengoperasian KDP peringkat sekolah beta dilantik jadi S/U lagi dah bayak S/U beta jadi wawawawa. Tak perla amanat sekolah buat beta dan beta janji buat habis baik… Baik punyaaa…. stail ziffi ok, sambil guling2 atas lantai gelak.
Ok lah 22 aribulan lepas ari sabtu beta gi KL tuk hadirkan diri 2 anniversary DEEBERS. Beta suka dan amat suka walaupun beta agak semput berkejar2 ngan waktu. ye lah Pagi sabtu tu beta ke temerloh uruskan pasal beta nak sambung blaja tu and terus naik bas ke KL. Memula nak drive keta comel beta tp cam malas n penat je ye lah sensorang. Dalam bas beta relex and mentidurkan diri je sesambil sms. wiwiwiwiwi. Cuaca cerah and lepas terowong ("tow’Ong" anak sedara beta panggil) hujan mula mencurah2 sampaila kat pekeliling. Beta pun meredah ujan dr pekeliling lari ke Vistana Hotel. Pastu terus ke Dewan Pangkor. Sbelum tu beta salin baju dalam tandas. Pakai baju bunga2 ala2 pantai sangat. Masuk je beta disambut oleh Kak nieta and ADIBAH NOOR wow beta lambat skit… Terus salam2 ngan Kak dib and bual2. Masuk dalam lagi happening meriah siot. Sukar nak beta gambarkan. Opsss masa masuk dapat door gift lagi tau.
Ni bawah ni gambar ngan kak dib, memula gambar biasa pastu kak dib ngan beta posing ala2 ejen 007 james bond pastu tetiba kak dib ajak posing2 ayu lah plak so beta layan je lah….
Hihihihi majlis tamat dalam 6.30 ptg pas tu beta terus naik bas balik kul 7.00. Sampai rumah layan af jap walau x best and beta x sedar bila beta tidur. Pepagi lagi bgn trus gerak balik lipis and terus masuk TITOM aduish penat beta tau berkejar2 namun dalam pada itu kereronokan dan kegembiraan yg tiada nilainya dengan wang ringgit. Thanz for all comuniti deebers. Jumpa tahun depan eks.
~ADIOS~