~MY WISH LIST 2~
April 30, 2008
Alhamdulillah semua yg beta wish tuk bulan 4, semua beta dapat wawawawa… Seronoknya rezeki datang bergolek-golekkan. Namun kalau x dipecahkan ruyungnya manakan dapat madunya. Semuanya bermula dengan usaha kerana tanpa usaha just mengharapkan doa semata ia adalah ajaib. Namun semua itu kerja tuhan. Sebagai manusia kita harus, berusaha ,berdoa, bertawakkal. Untuk bulan 5 ni ader beberapa barangan yg telah beta rerasa nak beli.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1. New laptop..(maybe sony tu or apple or levino)
 
ke yg ni
 
2. Pastu nak wallet baru… nak cari cam ni HAAGENDESS cantik la.
3. Ring by LV or aper2 brand la. janji platinium.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
STATUS
1.?
2.Grab 5/5
3.?



~SEIRAS~
April 29, 2008
Hik hik hik hik hik nak tergelak beta mendengarnya, opsss lupa beta nak bagitau beta baru pas baca blog member sorang ni, kat satu entry dia dia buat wajah dia seiras siapa. Kebetulan smalam beta bosan giler cuba lah try gak buat. And yang melucukan hingga beta rasa nak golek2 atas lantai bila tgk muka beta seiras saper… Beta no comment la memang klaka… Pastu beta pelik apsal semua tu kebanyakan dia cina? muka beta ni iras cina ker? sah-sah lah tak bab beta ni kan itam..huhuhuhuhu
Cuba tgk ni :
X percaya kan… layan ajelah.
~ADIOS~



~PICNIC~
April 20, 2008
Aduhai… hujung minggu ni agak menyiksakan bagi beta. Ye la astro kat umah beta x leh tengak pastu internet pun blur je.asyik request time out. Amat membosankan kerana tiada aktiviti lain. So beta just karaoke je, habis semua lagu sampai lagu habibah yaakub pun beta nyanyi. Mengapa kita bertemu, bercinta dan putus pula……….. hihihihihi. jangan mara eks. Pastu semalam wayar plak yang sambung kat kelas plak tetiba je x elok. Aduis solar rumah dah kelip2 lampu merah. Aduh seksanya so beta and the gang jadi macgyver cari wayar lain sambung and sambung and sambung than menjadi gak. So malam2 bleh karaoke gak.Ganti konsert AF6 yang x dapat tengok siap malam tu ada pengkritik hai itulah bosan and x der kije punya hal.
Pastu arini kebosanan itu memuncak, beta pandang en romi, en romi pandang en Rash, encik rash pandang en Bib and cik Bib pandang beta balik. Wawawawa. So romi ajak gi picnic. Semua setuju 100%. En Rash konon cakap tepat jam 9 la. Beta awal awal lagi bangun basuh baju pastu terus gi memasak en Bib pun tolong goreng nasi. Aik dah kul 9 x der sesaper pun. Last2 kul 11 baru gi picnic. waaaa nangis menunggu. So bila sampai tempat nak picnic just ader 2 orang bebudak je? alamak makanan banyak budak sikit je? So beta suh bebudak panggil gang2 diaorang. Maka segerombolan bebudak datang. Beta suka, suka. Lagi ramai lagi seronok.
Aktiviti macam biasa idupkan unggun api, setup tempat makan pastu gedush… cip mahmuh. mandi la. siap main kejar-kejar ngan bebudak. Happy sangat. Pastu letih2 berenang badan pun sejuk. So ni lah gunanya unggun api, bolehlah panaskan badan. Makanan dah tersedia tapi beta malas nak makan. Beta cedukkan tuk bebudak sorang demi sorang… alamak pinggan x cukup wiwiwiwiwi… so beta suh diaorang kongsi2 pinggan. Pastu mandi lagi siap bebudak syampu2 rambut. hahahahaha. masa dekat nak balik baru beta and the gang makan masa tu bebudak semua dah gerak balik.
Sekejap jer dah kat kul 3.00. Kiranya dah 4 jam kiteorang mandi pastu balik umah coz ari dah gelap nak ujan. Sampai rumah je dah nampak wak tunggu kat kantin sekolah coz janji ngan wak nak urut badan. Ye lah badan beta dah sengal2. Mingggu dulu masa masuk kena tolak motor, gehel ley. (lenguh la).
Bestnyer kene urut badan rasa segar sangat. Time wak urut badan tu rasa nak tetido jer. oklah beta ngantuk nak tido nanti cerita lagi eks. Tapi cam nak gi karaoke lagi je…
~ADIOS~



~WAYANG PACAK~
April 17, 2008
Wayang pacak sangat klasik sangat bunyinya. Ialah jika di tahun 70an dan 80an dahulu banyak wayang pacak diadakan dikampung2. Belayarkan tabir putih, ditengah padang betapkan langit berbintang dan bertemankan kedinginan malam. Klasik benar bukan? Malam khamis selepas bergembira bersewang di rumah orang kampung sebagai balasan beta and the gang membuat wayang pacak. ye la org berbudi kita berbahasa. Bukan mereka pinta balasan namun just for fun selain mendekatkan lagi para guru bersama masyarakat kampung. Program ini diadakan agar perhubungan guru serta masyarakat kampung bertambah erat. Ye lah memandangkan sekolah beta ditengah belantara tanpa pertolongan masyarakat kampung untuk mengangkut barang2 sekolah susah juga nanti. Sebelum wayang dimulakan para guru bemesra dengan masyarakat, ini juga sebagai medium untuk bertukar-tukar pandangan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan menjayakan visi serta misi sekolah. Setelah selesai sesi dialog maka wayang pun dimulakan. 
Cerita pada malam itu pada asalnya sebuah cerita BOLLYWOOD iaitu RAJU CHACHA iaitu sebuah cerita pengorbanan seorang pakcik membesarkan anak2 buahnya walaupun pada asalnya pak ciknya berniat jahat merampas harta namun hasrat hanya tinggal hasrat disebabkan kebaikan anak2 buahnya. Cerita yang menelitkan unsur kasih sayang serta jenaka. Namun apakan daya VCD bekenaan tidak berfungsi maka diubah pada Cerita SENARIO ~ LANG BUANA. Cerita yang menyelitkan unsur-unsur patriotik mempertahankan kampung mereka. Simbolik kepada perpaduan masyarakat disini bersama-sama bersatu padu mengerah tenaga untuk bersama mempertingkatkan kegemilangan SK TITOM. Wayang bermula jam 9 malam dan tamat 11 malam. Hampir 2 jam juga berlangsung. Melihat masyarakat terhibur maka bagi beta objektif tayangan itu tercapai. Banyak input diperolehi. Ibarat perpatah menarik rambut didalam tepung, jangan tepung berselerak dan rambut dapat di ambil ( betul ke beta x pasti pepatah tu ).
~ADIOS~



~SEWANG SANTAI~
April 16, 2008
Sewang santai macam tu lah nama beta beri coz untuk pengetahuan semua bagi masyarakat orang asli kat TITOM ni, sewang terbahagi kepada beberapa jenis. Sewang untuk berubat iaitu sewang untuk mengubati pesakit, banyak aktiviti ritual disini. Sewang ini juga penuh dengan pantang larangnya, sebagai contoh jika peserta sewang itu pulang sebelum majlis sewang itu selesai ia akan dikenakan denda. Sewang lain antaranya ialah untuk semangat padi. Ia dilakukan semasa hendak menanam padi bukit. Aktiviti ini seolah2 ritual untuk berdoa untuk padi yang subur serta hasil yang baik. Sewang lain antaranya sewang perkahwinan ia dilakukan untuk majlis perkahwinan. Kebanyakan sewang ini mempunyai adat dan pantang larangnya yang tersendiri. Sewang ini sebagai medium ritual untuk masyarakat orang asli. Penuh dengan lagu2 yang asyik namun penuh dengan maksud yang tersendiri.
Bagi beta beta tidak pernah lagi mengertai sewang untuk berubat atau sewang untuk semangat padi. Kerana ia penuh dengan ritual masyarakat orang asli. Namun pengalaman pertama menyertai Sewang santai iaitu sewang yang dilakukan atas alasan suka-suka ini kerana permintaan Group kesihatan yang datang melawat. Sekadar medium untuk berhibur di tengah belantara. Pengalaman pertama yang menyeronokkan. Beta sempat belajar bermain alat muzik yang diperbuat dari buluh dan dihentak mengikut bit lagu yang dinyanyikan oleh kepala sewang (ibarat ketua). Beta juga tidak melepaskan berpusing menari alunan sewang. Beta agak kaku pada mulanya namun setelah beberapa kali berpusing akhirnya bolehlah…
Malam itu kebetulan ada pelawat dr IPTAA kuala lipis datang melawat. So beliau juga menyertai sewang berkenaan bersama guru2 disini. Ditengah-tengah belantara kami mencari hiburan. Beralun irama buluh, disambut nyanyian merdu maka berentaklah tarian. Beta terhibur sekali.
~ADIOS~