~KEMBARA ILMU~
June 23, 2008
wiwiwiwi….. sory kepada semua yg menanti entry terbaru beta, ye ar dah bersawang dah blog beta. hihihihi mcm ader pembaca setia je kan… "macam ayat putra". Sekarang beta agak sibuk sedikit. Ye lah beta sekarang bukan berjawatan guru lagi. Beta beralih angin menukar profesyen "tul ke ejaan tu"… kepada pelajar. Dulu mengajar sekarang belajar. Kui Kui Kui Kui… Ramai gak kena BAM BONG BANG ngan beta. Ada yg marah kerana beta melepaskan tugas yg menjamin masa depan, ada yg hormat akan keputusan beta dan ada yang terkedu…. Ye lah ader ke beta kencing dia org cakap beta meletak jawatan sebagai guru dan sekarang menukar angin ke bidang lain mean skarang jobless. Ayat tu mang betul kan… beta memang menyerah semua tugas beta di sekolah kepada pemangku beta dan beta beralih angin menjadi pelajar. Dia org pikir beta letak jawatan dan skarang ngah cari kerja baru kui kui kui kui… sory semua kerana x bgtau awal2.
Sekarang beta bergelar pelajar di Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan (IPTAA). Baru beta rasai kepenatan menimba ilmu. Boring mengadap syarahan. Aiyooo tapi beta akan hadapi untuk masa depan beta…
Kepada semua doakan kejayaan beta dalam KEMBARA ILMU ini…
~ADIOS~