
Sendiri aku menahan pedih ini
Hilang semua rasa, habis begitu saja
Untuk bersama buat selamanya
Katamu dia yang lebih sempurna
Dialah dijiwa, Dia nafas asmara
Bisikan kata-kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali
Padaku
CHORUS
Pergi sudah tinggalkan aku
Ku tak ingin engkau ada
Kembali lagi kedalam
Cerita hidupku ni
Kubahagia tanpa dirimu
Biar begini adanya aku (karna)
Tanpamu kutemukan sinarnya
Bisikan kata akhirmu itu
Menusuk jiwaku
Kini kau datang untuk kembali
Padaku lagi
Bridge:
Usah lagi kau guris hatiku
Ku tak mahu lagi
Merasakan hadirmu dalam duniaku
Pergilah dari hidupku

Biarkanlah aku merindu sekian lama
Bukan maksud untuk membisusepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian
( korus )
Mungkinkah bersama dua jiwa ini
Dalam mencari cinta sejati nan suci
Mungkinkah segala derita di jiwa
Akan terabat kini
Biarkanlah saja diriku sepi tanpa kata
Terpisahnya kita kerana mengejar impian
Hanya satu pintaku
Sabarlah menanti
Ku kan pulang bersama
Cinta…

Setahun sudah berlalu, meninggalkan kesan abadi dalam sanubari beta. Setahun berlalu pantas sekali. Jka setahun lalu beta masih dibumi titom menghitung hari2 berlalu dengan gundah gulana, serba tidak kena, entah mengapa. Naluri beta tidak tenteram, seolah menjerut jiwa. Kekesalan yg tida gunanya. Semua itu beta terima sebagai sebahagian dari qada dan qadar. Kesedihan yang melanda tida dapat terucap dengan kata kata dan tiada dapat dizahirkan dengan perbuatan. Merana dan terlena.
Jika 19 Jun 2007 boleh beta putarkan waktu ingin sekali beta mengikut kata naluri. Ia jika beta mengikutkan naluri beta, mungkin dapat beta menatap wajahnya. Namun sesal pun tiada dapat membuat apa2. Yang lepas biarkan lah ia lepas. yang pergi tetap akan pergi menjadi tetamu terlalu istimewa disana.
13 oktober 2006 keheningan malam yang indah di simbahi cahaya percikan kotaraya begitu mengasyikkan. Semua umat manusia melalui hari-hari yang mulia dibawah lembayung sinar ramadhan. Semuanya asyik menyelongkar mencari seribu satu malam didalamnya. Ditengah keheningan itu juga kelihatan kelibat seorang ibu yang perutnya separa buncit terjengkit-jengkit sambil diiringi suaminya disisi. Anak sulungnya diheret bersama meredah malam itu. Dalam kepekatan malam itu tiga beranak ini nampak cemas sekali, tompok-tompok peluh mula membasahi dahi suami itu, gelisah… melihat isterinya yang separa buncit itu mengadu sakit, Sakit apakah malam-malam begini, nak beranak ke? terlintas di benak lelaki berbadan besar yang bergelar suami. Bukankah lambat lagi tarikhnya. Seingat dia selepas berbuka puasa tadi isterinya mengadu sakit perut, mungkin sebab kekenyangan, telahanya. Namun kini lain benar rasanya. Seolah-olah dah mahu keluar adu isterinya. Dalam tergopoh gapah itu sampai jua mereka di Hospital Bersalin Besar Kuala Lumpur. Berapa cm? tanya doktor tua itu kepada seorang jururawat yang asyik dengan kerjanya. Biarlah itu memang kerja mereka berapa cm yang sentiasa menjadi ukuran mereka melihat dan terus melihat. Sang suami menanti-terus menanti, gelisahnya sukar dibendung, sedangkan ini bukan kali pertamanya melalui saat begini. Kehadiran ILMAN HAKEEMI dahulu disambut dengan dia disisi isterinya. Itu ketika di hospital di kampung isterinya.Kini dia keseorangan menanti di luar. Cemasnya tuhan saja yang tahu. Habis semua kenalan ditelifonnya, anak-beranak, saudara-sepatat ahh… hingga terlupa ayahandanya yang sejengkal cuma dari rumahnya itu. Cepat-cepat dihubungi orang tua itu. Sejam kemudian dia dipanggil masuk,anak sulungnya itu ditinggalkan bersama ayahnya yang baru setengah jam sampai itu. Debaran kian kencang namun semua itu tidak diendahkan. Tangan kasar itu menggemgam erat tanagn isterinya, mulutnya tidak lepas dari memberi kata semangat buat isterinya yang bertarung nyawa berjuang untuk membawa satu nyawa penyambung zuriat kedunia ini. Subuh yang indah dibawah sinar kemerahan maka lahirlah hamba allah yang suci bersih kedunia ini. Berita gembira itu disebarkan kesemua telinga manusia-manusia sedarah dengannya. Kelahiran puteri yang dinantikan setelah semua kerabat yang lain putera. Penantian itu akhirnya berakhir. Senyuman terukir dibibir semua manusia-manusia yang sudah sekian lama menanti kelahiran puteri idaman setelah tiga putera mewarnai mahligai keluarga itu. Maka kelahiran istimewa membawa sinar gemilang bakal menjadi penyeri dalam taman idaman. Kelahiran puteri yang dibernama SOFIA ALLYSHA memang dinanti, kelahiran pramatang membuatkan ia diluar jangkaan. Puteri dibawa bersemayam ke kampung halaman dengan penuh istiadat. Disambut dengan meriah semua bibir terukir senyuman………
Seindah wajah, semanis senyumanmu sofia allysha, Wajah yang sukar untuk ku padam dalam mindaku, wajah yang suci ini selalu bermain dalam benakku. Masih ku ingat lagi ketika majlis kesyukuran serta akikahmu diadakan meriah sekali bagaikan kenduri walimatul urus dibuatnya. Dua khemah besar didirikah bagi menampung tetamu, seekor lembu tumbang bagi santapan semua. Pelamin mini dibina khas buatmu, persis pengantin kau diandam, busana gaun moden, lengkap bertiara. Cantik sungguh melihat kau diarak keliling tetamu dialunkan gemersik suara marhaban menceriakan majlis. Rambutmu hitam ikal mayang itu dipotong sebagai tanda. Air mawar direnjis, tamar dan emas dibelah mulutmu. Meriah benar kau diraikan. Indah benar memori itu. Tubuh montokmu ditambah kegebuan kulitmu membuatkau bertukar tangan semuanya mahu mengendongmu. Dari satu tangan ke satu tangan kau berpaut. Senyuman terukir dibibir, ibu, ayah, maktok, atok malah semua sekali. Biar peluh mengalir bersusah payah melayan tetamu namun dihati …puas. Dari kelahiran yang dinanti hingga majlis kau diarai.
Tubuh gebu mu yang dulu moggel sekali dari sehari ke sehari susut, hinggakan gelang emas yang kaupakai ke bahu. Biarlah kebahu janji kau sudi memakainya. Hingga menampakkan tulang temulang. Dari susu berharga biasa hingga susu beharga puluhan ringgit kau minum. Susu ibumu semuanya tidak meberi kesan. Tubuhmu lesu. Sedih benarku lihatmu. Perutmu kian membesar… buncit, nafasmu tak selancar dahulu. Air mataku selalu mengalir bila melihatmu. Berat mata memandang namun berat lagi bahu memikul… Namun harapanku,ibumu,ayahmu dan semua tetap kuat. Bilang saja dimana bomohnya, akan kami pergi. Ubat mana, semahal manapun semuanya sanggup berkorban buatmu. Semuanya mahu kau tersenyum seperti dahulu, semuanya mahu kau bermain ketiga di sergah. Kini kau hanya memandang tidak lagi bermain seperti dahulu. Hospital sudah menjadi rumah keduamu. Tangismu seringku dengar ketika ibumu memaksa kau makan ubat… terngiang kata-kata pujuk ibumu " adik… makan ubat nanti adik cepat baik kan adikkan…" Ibu mana yang tak terguris melihat anaknya menangis namun diketepikan demi ubat itu. Masih kuingat cerita sang ibu itu, X tidak beri anaknya ubat kerana kesian tengok anaknya menangis, kini anaknya kritikal. Itulah semuanya kesian. Namun jangan menyerah kalah sebelum berjuang… tekat dibulatkan, azam dikuatkan, restu dipohon… takdir penentu segalanya…
18 jun 2007 Detik dimana wajah comel itu bertarung dengan kesakitan. Sedangkan beta hanya terdetik di hati yg tidak pasti terasing di daerah sepi. Naluti yang gundah. Jika di HKL semuanya mengadap wajah comel itu, membelai dan terus berdoa. Sedang kan beta? Benarlah naluri beta gundah mungkin wajah comel itu kepingin belaian beta disisinya. Namun semua itu beta redha.
19 Jun 2007 Wajah comel itu menutupkan matanya yang bercahaya itu. Tiada lagi cahaya yang terpamir dari bola mata itu. Tiada lagi pandangan bersinar pinta simpati dari wajah comel itu. Menutup mata buat selamanya. Hilanglah segala kesakitan yang dialami, tiada lagi kedengaran suara tangis membelah kesunyian malam. Rindu pada esak tangisnya. Masih beta ingat dari cerita bonda dimana semasa pengebumiannya ILMAN HAKIMEE menangis meronta, tidak membenarkan wajah ayu itu dikebumikan. “Jangan tanam adik… Kesian dekat adik duduk sorang-sorang…” Jika kanak-kanak berusia 4 tahun faham erti kasih saying inakan pula beta yg sudah 25 tahun dimuka bumi ini… Sayu sekali jiwa membawa lara. Kabut serangkai mawar yang kabur… Kelam malam yang gelita tidak ditemani sang rembulan. Kerdipan bintang tidak bermaya dikaburi tompok2 awan yang hitam. Kedinginan sebagai teman, rintik-rintik gerimis bakal menyirami alam maya ini…
20 Jun 2007 Beta akhirnya keluar dari daerah asing itu. Keluar dengan naluri yang kabur. Keluar dengan tidak tahu dgn apa yang berlaku. Memandu 2250 terus ke kampong halaman… Pelik dan aneh sekali… Kerana teratak bonda dipenuhi dengan kereta. Semuanya ada. Dengan perasaan yang tidak mengerti beta ajukan soalan mengapa semua berkumpul disini? Seangkan hidung beta terhidu kapur barus… Bagaikan halilintar membelah bumi… beta terduduk… Beta terlambat… wajah comel itu telah meninggalkan beta. Tinggal meninggalkan beta buat selamanya dan hanya meninggalkan pusara sebagai tanda bersemadi dan memori indah sebagai kenangan… Perginya Sofia Allysha akibat komplikasi "biliary atresia" dan sesak nafas. Allahyarhamah berusia satu tahun telah berjaya menjalani pembedahan "kasai"pada nov 2007.
Namun itu semua kenangan setahun yang lalu…Beta semakin kuat dan dapat menerima segalanya. Patah tumbuh hilang berganti biar tidak seperti dulu namun sudah cukup untuk mengubat kerinduan… Al fatihah buat allahyarham… semoga dikau menjadi tetamu teristimewa disana. Amin.

