~DURIAN~
April 28, 2009
Durian… Sang raja buah, yang amat sinonim dengan aromanya yang amat kuat. Aduh sekarang musim durian bermakna beta akan emoticon penin hahahaha… Entah ar beta mang x tahan ngan durian. Bukan jijik melihat durian, namun aromanya membuatkan beta penin n nak muntah. Kalu sebatu bau durian beta da boleh bau,psss… org sedawa or kentut buang angin pun beta bleh tau dia makan durian..hohoho emoticon aduih… Tolong… Help… Help…emoticon  Aroma raja buah di titom agak kuat nak dibandingkan dengan aroma raja buah yang di kawasan lain, Mungkin kat sini durian hutan n suasana yang amat semulajadi mempengaruhi aromanya. Beta ni pelik durian beta x makan but tempoyak beta makan…hahahaha, bab beta hanya x tahan dengan aromanya, bila dah jadi tempoyak aromanya hilang. Tapi kalau tempoyak baru beta x makan jugak…emoticon
Bila cerita pasal durian beta nak kongsi sebuah cerita ni….
Pada zaman dahulu ada sebuah negeri bernama "Kayangan Puri". negeri itu diperintah oleh raja yang amat bijaksana, perdana menterinya amat bijak… rakyat jelata amat taat sekali pada pemerintah. Negeri yang indah dan permai, membangun dengan harmoni sekali. Suasana yang aman damai membuatkan rakyat jelata berasa amat bangga dengan kerajaan kayangan puri serta selesa dengan keadaan sebegini.
Namun dalam menjalani sebuah kehidupan negeri itu tidak dapat lari dari masalah, Masalahnya bermula dengan hanya sepohon durian yang tumbuh di laman istana. Pohon durian itu berbuah mengikut musimnya, buahnya dikongsi bersama raja, perdana menteri, menteri kanan serta rakyat jelata. Semua dapat merasa keenakan raja buah berkenaan. Pohon berkenaan sama-sama dijaga. Disiram, dibajai mengikut giliran masing-masing. Indah sekali…
Pada satu hari Paduka raja kerajaan Keyangan puri keluar negeri untuk berurusan dengan pedagang yang ingin bertukar barangan dagangan dengan beberapa butir durian. Kebetulan memanda menteri serta menteri kanan tiada mengiringi Paduka Raja. Maka Paduka raja membuat keputusan untuk menukarkan beberapa butir durian dengan barangan dagangan untuk kegunaan rakyat jelata. Niat Paduka raja berkenaan betul tetapi caranya salah iaitu tidak berbincang dengan menteri-menterinya kerana ini melibatkan hak semua. Maka pekara itu berlalu…
Sementelah itu, menteri - menterinya yang berada di negeri kayangan puri pula berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan cop mohor paduka raja untuk menjalankan urusan negeri. Maka menteri menggunakan cop mohor paduka raja… Maka segala urusan hal negeri kayangan puri berjalan lancar…
Sekembalinya dari luar negeri Paduka raja tidak mengkhabarkan bahawa dia membuat keputusan sendiri untuk berurusan dengan pedagang…. Selang beberapa purnama. Perkhabaran kencang bertiup menyatakan paduka raja membuat keputusan sendiri tanpa mendapat persetujuan memanda menteri. Maka rasa tidak puas hati perdana menteri memuncak, Maka hal ini di siasat sendirian tanpa mendapat perbincangan dari rakyat… Maka setelah disiasat maka hal ini dibawa ke pengetahuan majlis raja-raja. Jika dipikirkan menteri-menteri juga membuat keputusan sendiri menggunakan cop mohor paduka diraja, bah kata pepatah 2x5=10 dan 5x2=10 juga. Sama-sama ada melakukan kesilapan.
Masalah terus berlarutan, melodrama kian menjadi jadi. Sang pelakon terus berlakon, pemain alatan muzik rancak memalu alatan muziknya. Pohon durian di laman istana kian dilupakan. Tidak dibajai, tidak disiram. Sedikit demi sedikit dedaunya gurur kebumi. Buahnya tidak sesedap dulu, aromanya tidak segah dulu. Rakyat jelata hidup tak terurus… Rakyat jelata menderita… namun kehidupan perlu diteruskan…
Melodrama kian memuncak, Apa kata hati Paduka raja jika mendapat tahu perbuatanya dilaporkan ke majlis raja-raja. Pasti sang paduka raja murka. Setidaknya berbincanglah dahulu dengan beliau iaitu paduka raja yang memerintah. Sebagai ketua negeri ia tetap ketua negeri. Segala kesalahan dia memang tetap salah namun ia tetap paduka raja yang memerintah. Sekurang-kurangya berbincanglah dahulu… ini pabila hasil siasatan telah dikemukan ke majlis raja-raja baru nak berbincang dengan rakyat jelata… Itu bukan berbincang namanya. Hanya memberitahu namanya. Tiada maknanya berbincang jika keputusanya sudah tahu… Siapalah rakyat jelata hanya yang menurut segala arahan. Pekara sudah berlaku baru nak diajak bermusyawarah.
Negeri Kayangan Puri terus tenggelam gahnya… Kerajan negeri-negeri lain melompat gumbira kerana sebuah kerajaan yang masyur dahulu telah berkubur. Itulah bak kata pepatah menang sorak, namun kampung tergadai…
Hakikat sebuah kehidupan penuh dengan melodrama. Kehidupan perlu diteruskan, rakyat kayangan puri terus hidup dalam penderitaan yang hanya bermula dengan beberapa biji durian. Hanya durian………..
~ADIOS~



Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://datitom.blogsome.com/2009/04/28/durian/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.