~SERABUT~
May 25, 2009

Hidup ini bagai kan flip flop…

Flip flop terus bergerak menghayunkan daun palstiknya keatas dan kebawah tanpa henti andai kuasanya dijana solar. Begitulah jua manusia terus bergerak dan bergerak andai kuasanya ada. Terus bernafas walau dimarah, dihina, dihimpit masalah, di hambat rasa duka dan terus menghadapi segala rintanganya. Keatas dan kebawah begitulah ayunan daun plastiknya umpama natijah sebuah kehidupan, ada kalanya kita diatas dan jatuh kebawah, bertatih kembali untuk bangun… Flip flop satu ikon baru yg dekat dengan beta. Memandangnya membuatkan beta rasa bersyukur. Hihihihi beta beli flip flop ni kat pasar malam minggu lepas cheap but menarik…

 

Kebelakangan ini daerah terasing ditemani gerimis dan rintik2 mutiara kekadang mencurah2 dan kekadang membelai manja… sejuk sekali rasanya . Nyaman namun kedinginanya terasa hingga ke tulang temulang. Hujan2 macaqm ni beta ada hobi baru… Every day beta mengullit lena dilingkari selimut.. hahaha betalah king of berbed. Sampai budak2 pun yap kat beta "hari2 berbed…berbed… x kan chegu". Ye la da hujan nak wat pe lagi tido ajelah. Malas nak menyibukkan diri yang x sibuk. Malas melayan kerenah itu dan ini. Biarlah beta menjadi King dalam dunia beta sendiri janji beta bahagia. Siapalah beta hanya kuli yang hina… bisa disuruh itu dan ini disiang harinya… bertukar menjadi maid tika malam menjelma. Melayan paduka2 raja yang tinggi darjatnya. opsss termengarut lak.. 

apa lah beta ni gila kuasa agaknya..semuanya nak… jangan sampai menyusahkan org lain dah la kan… kan… cukup2 la apa yg dah dapat, bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan. Jangan nak pulun semua. Share2 la ngan org lain gak..tak gitu. Beta bukan apa… Ye la beta kan Guru Besar, beta lah tukang masak, betalah tukang sapu dan semualah… Gila kuasakan… what everlah.. Dalam menyulam dan menjalin tikar kita pasti ingat akan susunan jalinanya.. mengikut susur galur aturnya. Jika tersilap maka sengatlah tikar itu. Ingat jalinan maka molek tikar terbentang. x faham lagi ker… susah la kalu x faham. ok beta ulang lagi dalam mengait baju panas jalinan tali airnya perlu dikembangkan satu persatu, tali air bertaut antara satu sama lain. Kait dikanan dan kait dikiri baru bercantum. Jika tersalah kait maka besar sebelahlah baju itu. Jika elok dikait maka cantik dipakai baju itu… x faham lagi ker???  faham2 sendiri lah… Apa yang beta mengarut ni… beta pun x tau… serabut agaknya kepala ni…. 

~ADIOS~ 




~Ronda Ganu & Cherating~
May 22, 2009
Emmm… Alang2 gi ganu baik beta jenjalan terus kan… pas abis program kuar hotel, member2 lain semua da balik ke negeri masing2. Arini lak ahad cuti kalu balik pun comfem x sempat masuk skolah nyer, so beta plan nak ronda banda kuala terengganu… But x tau jalan n arah tuju… Beta nekad je drive kuar dari hotel Permai inn ke pusat bandar..ikut je penunjuk arah..Berjaya gak beta ke pusat bandar. menda yang pertama beta cari ialah… Pusat Penerangan Pelancongan… Bukan apa beta nak ambil map terengganu bagi memudahkan beta nak ronda… Bermula dari pasar payang, ke bazar warisan, kebetulan kat bazar warisan ni ader one stop center kesenian negeri terengganu, so x lepaskan peluang menyaksikan aktiviti tradisional negeri terengganu… Kemudian ke bukit puteri tapi sayang tak boleh naik ke puncak tu la… pintu gril dia berkunci. Kemudian beta jalan2 sekitar bandar terengganu sambil menikmati keindahan pantai kat situ…
Shoping2 apa yang patut kat pasar payang and ke pantai batu buruk menikmati kedamaian pantai… and terus drive ke masjid terapung… emmm cantiknya masjidnya. putih bersih bak mutiara. Pastu beta singgah kat Noor Arfa batik, ni dah kali kedua beta sampai noor arfa ni, emmm sempat sambar dua helai batik satu tuk ayah beta and tuk beta ar… kali ni diskaun 10% je tau… kat 0.5k gak la bis tuk hanya 2 helai batik… but puas hati la ngan kualitinya.
Pastu terus drive balik… ikut jalan tepi pantai… cantiknya view damai sekali… Singgah rantau abang jap.. tapi puas duk tunggu penyu x der pun hahahahaha… wow woderfull…. wok tgk pemandangan pusat pengumpulan minyak petronas api dia menyambar2. pastu lapar la plak..nak singgah makan kat kedai segan la pulok sensorang, nampak mcd so drive true je kat Mcd… sib baik seminit je lagi kul 3.00pm so dapat harga murah hihihihi… Singgah kemaman beli keropk lekor… sedap tau makan panas2.. Mata da ngantuk drive la ari da petang bab banyak tempat singgah…
Cherating best nyer…. singgah lagi… main2 air di gigi pantai… skodeng2 orang… nagntuknya… ari da petang, emm bermalam kat cerating best gak ni.. Tapi sensorang la x best. So balik je la Singgah umah my sis kat kuantan mandi2 n solat pastu terus meredah kegelapan malam yg ditemani rembulan… Sampai di teratak 65 lebih kurang jam 10.00pm…. Penatnya….
Jom tido la……..
~ADIOS~



~Puing-Puing Kertas~
May 20, 2009
Happy belated teacher day to all my friends.
sorry beta terlewat wish… biasalah beta kan slalu out of date. hahahaha… entah la, akhir2 ni mood bagai ribut taufan berpuing2 melempiaskan puting beliung yang bisa menghambat kedamaian. By da way mood yg kurang enak itu hanya didasarnya saja tidak bisa beta pamerkan kegersangan jiwa ini. Lakonan beta begitu nutaral sekali..waduh…
opss straigh to da point la. actualy beta telah menerima undangan ke majlis sambutan hari guru peringkat kebangsaan ke-38 di KT, Lebih tepat lagi undangan khas untuk Program lawatan guru2 pedalaman dan majlis mejunjung budi sempena perayaan hari guru peringkat kebangsaan ke-38 tahun 2009. Best gak program ni bleh la beta menenangkan jiwa yg tak keruan ni hihi… Ok beta drive alone gi Kuala Terenganu ni, walaupun enda tahu jalanya, beta redah ajer…
Beta turun dari teratak 65 lebih kurang jam 8.00am and terus naik LPT, n brenti bawah flyover exit chenor coz tunggu member, ader gak geng nak konvoi. Thanz to zaki,man,zaitullah,zahar n u.joe coz sudi berkonvoi ngan beta. Episod kejar mengejar di LPT tu slamat juga sampai di KT. Sampai hotel Permai Inn lam kul 3.00pm. Lepak2 bilik dulu merehatkan badan n kaki yg kejang drive tue…
Malam ader program suai kenal, best tau dapat jumpa member2 baru… N yg x sangkanya dapat jumpa balik member lama masa blaja kat UiTM shah alam dedulu, Jadi cikgu gak eks ko En Hairul dari SK Peta, Jumpa my senior kat MPTAA, budak muzik lupa dah nama dia.. Adoi mang lupa ar namaya but dia ngaja kat Perak. Banyak citer2 lama di flash back balik. Seronok rasanya ingat kenangan lama. Malam tu gak beta kena temuramah ngan wartawan from EduwebTV.. Glamer jap beta kui..kui..kui… (Klik Sini Nak Tengok Sedutan)
Esoknya terus ke Home Stay Teluk Ketapang. Kat home stay ni beta telah diserah kepada keluarga angkat, majlis penyerahan anak angkat disempurnakan oleh Dato’ Hajah Noor Rizan. Merasalah salam ngan beliau.Mang meriah la sambutan kat homestay ni, rasa macam VIP sgt…disambut ngan paluan kompang, rebana dipersembahkan dengan silat, diiringi dengan gadis2 bunga manggar ditabur pula bunga rampai. By da way keluarga angat beta adalah penjaga di rumah Darul Hilmi, sebuah rumah anak2 yatim kat situ. Mesra sgt ayah n mak angkat beta. Balik rumah je disajikan dengan lunch yg enak.
Petangnya dalam kul 2.00pm ader majlis one stop center kebudayaan negeri terengganu. Ni lagi best semua produk n kebudayaan dapat disaksikan. Siap boleh demo lagi canting batik, wat kuih, anyam tikar,kerepok lekor, jala, wau, kraf kayu, adat bersireh, and siap ada beca. Persembahan kebudayaan disajikan dimulakan dengan demonstasi permainan tradisi, tarian and diakhiri ngan dikir barat. Petangnya beta ngan adik beradik angkat Mr Julius from sabah ronda pantai..sampai pantai je jumpa shariman n keluarga angkat dia ngah besantai.
Malamnya pas magrib ader Jamuan Makan malam, Timbalan Menteri Pelajaran Pun datang. Makananya pun best gak bab makanan yang berwajahkan terenganu mean makanan terengganu la. Yang paling best siap ader deklamasi sajak dalam loghat terenganu yang beta x faham ulas butir kandunganya…
Well paginya ader sukaneka lak… lagi seronok bab permainan yg x pernah beta main tau, tradisional sgt permainanya. Main kaki gajah, golek roda ngan rotan, naik keta lelabi and bowling kelapa. Klaka tau ader ker beta duk dalam keta lelabi tu…emoticon  Pas abis sukaneka beta diserahkan kembali oleh Exco negeri terenganu kepada uresetia JPNP terenganu. Memori kat Teluk ketapang mang best. Sukar nak dilupakan… Petangya ader Forum Pendidikan kat dewan Darul Iman. Panelnya Dato Noor Rezan, Tan Sri Datuk Panglima Abdul Rahman Arshad and sorang lagi beta lupa bab dia gantikan Prof Emeritus Tan sri Dato Dr Khoo Kay Kim. Best gak dengar majlis ilmu ni. Antara yg beta kenal petang tu yg turut hadir ialah from JPNp pahang En Azmi, Su Nutp tu pun ader tau. Malamnya ader Majlis Makan Malam Akal Budi di kediaman menteri besar. So bad tau makanan x cukup Opsss emoticon
Esoknya Pagi2 lagi ader sarapan bersama KSU Tan Sri Dr Zulkurnain. Wow sronok gak sarapan ngan VIP ni… hihi. Beta semeja ngan Wakil JPNP Sabah. Mang best. Yg x best je ngah2 makan tetiba tergangu ngan Lagu NEGARAKU dimainkan. Semua berdiri, yg klakanyer ader yg berdiri dgn tangan pegang sudu, garpu. Beta lak dalam mulut ader air oren… Pihak Hotel dah pun memohon maaf secara rasmi. Abis sarapan naik bas yg dieskot polis…opss lupa semua pergerakan kami sedari hari memula dieskot polis. Prasan jap beta jadi VIP. Semua rombongan Ke Taman Tamadun Islam Untuk upacara rasmi Sambutan Hari Guru… Sampai je kat sana disambut meriah.. siap lalu red carpet lagi… hahaha.. VIP sangat. Duk dalam dewan ntah sebelah sapa pun beta x tau..bab beta fokus pada majlis…and beta duk betul2 dekat ngan pengacara Hujung Minggu RTM tu hezry… Sempat gak bergambar ngan dia. huhuhuhu… Sempat la salam ngan YAB Tan Sri Muhyiddin. yang paling best beta rasa majlis tu masa persembahan coral speaking memang gempak and out of spoken ar… Kasi pukul gitu… keh..keh..keh.. Bis majlis makan time… Masa makan jumpa budak2 IPTAA but beta x tegur pun beta kenal baju batk dia jer hahahahaha…. Jumpa GB Temin pun x tegur just nampak dari jauh jer… Ramai sgt org… Pas habis majlis terus balik hotel, yg lelain ader yg gi shoping kat pasar payang malas beta nak join. Malam tu lak ader sesi refleksi n majlis penutup.. Mang best la sporting giler semua… Banyak input yg beta dapat.. Thanks to KPM kerana undang beta… nanti undang lagi eks….
Banyak memori indah kat program tu, banyak kawan baru yg beta jumpa, ramai komuniti yg beta bermesra, dan dapat jumpa member2 lama beta…. So Sweet… Memori indah ini bagai melontar sepi di dada langit sepi. Langit yang gelap gelita dihiasi bintang berkerdipan yang akan terus berkerdipan menemani beta dalam kesepian…
~ADIOS~



~BrOkEn~
May 19, 2009
Banyak yg mahu ditulis,
Banyak yg mahu dikongsi,
Banyak yg mahu dicerita,
Banyak yg mahu digambar,
Banyak yg mahu diurai,
Banyak yg mahu dirasa,
Banyak lagi yg mahu dikorbankan…
Iam Broken,
biarlah ku sendiri tersiksa andai ia membuatkan org lain tersenyum.
biarlah ku sendiri memendam rasa andai ia membuatkan org lain bergembira.
biarlah ku sendiri berkorban andai ia membuatkan semuanya org lain terus bahagia.
Iam broken,
ku rela menangis sendiri andai sahabatku tersenyum.
ku rela berduka sendiri andai sahabatku terus ceria.
ku rela sendirian andai sahabatku berteman.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
biarlah ku pujuk hati ini…. andai ia terpujuk akan ku sambung kembali coretan ini.