~AL-FATIHAH~
June 30, 2009

Takziah beta ucapkan kepada sepupu beta atas pemergian Ibu mereka a.k.a Mak saudara beta. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yg terakhir pada hari ahad lepas 28 Jun 2009 lebih kurang jam 6.00 ptg di Pekan, Pahang. Beta agak terkejut mendapat berita berkenaan melalui YM dgn abg beta… Seorang demi seorang, orang disekeliling beta meninggalkan beta wat selamanya. Terdetik dihati beta agaknya gerangan siapakan pula? Adakah beta?… Terasa kerdil sekali diri ini memikirkan detik dan saat tika mahu mengadap sakaratulmaut… Sediakah beta??? entahlah marilah kita sama2 memuhasabah diri. Manakan tahu selepas ini kita pula yg pergi… Diatas kesedaran itu beta memohon kemaafan dan keampunan atas segala kekhilafan beta serta kelakuan beta secara tersurat dan tersirat, beta hanya insan kerdil dimuka bumi ini… Andai ku pergi dulu iringi pemergian beta dengan AL FATIHAH…

ALFATIAH… buat orang yg beta rapat dan telah pergi dulu : Hj Zakaria, Hj Mohd Piah, Hj Yaakub, Sofia Allysha, Rosbi , Zaleha,  & Semua umat islam dimuka bumi ini… AMIN

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

2250 aka MERAH coming soon ( sempatkah beta?)

~ADIOS~




Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://datitom.blogsome.com/2009/06/30/al-fatihah/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.