Berita pemansuhan PPSMI selepas dilaksanakan pada tahun 2003 membuatkan beta gumbira. Bukan beta tidak bersetuju dengan dasar yang dilaksanakan tapi budak sini nak cakap bahasa melayu pun siksa, ni plak nak berbahasa inggeris. Kalau nak ikut dasar yang diterajui oleh Tun memang bagus bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Namun bagi murid2 org asli disini ia merupakan satu masalah. Dengan pemansuhan PPSMI beta doakan agar anak2 murid beta terus cemerlang dalam meneruskan pembelajaran dengan baik dan selesa.
Ye lah kalu nak diikutkan bagi murid di bandar dasar berkenaan tiada masalah kerana mereka sudah terbiasa berbahasa inggeris. Namun bagi anak2 pedalaman seperti disekolah beta, ia merupakan satu masalah. Ini wujud kerana mereka tidak biasa berbahasa inggeris malah hakikatnya tidak tahu langsung berbahasa inggeris. Mana nak kuasai bahasa melayu lagi… Pemansuhan ini membuatkan beban yg dipikul mereka ringan sedikit… Bak kata pepatah yang dikejar x dapat..yang dikejar berciciran jika PPSMI ini diteruskan juga nanti. Alhamdulillah beta tabik spring kepada yang berkenaan dalam memansuhkan PPSMI. Berpijak dibumi yang nyata.
~ADIOS~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nantikan kemunculan 2250 aka MERAH
COMING SOON…
Comments »
The URI to TrackBack this entry is: http://datitom.blogsome.com/2009/07/09/ppsmi-dihapuskan/trackback/
No comments yet.
RSS feed for comments on this post.
Leave a comment
Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>
