~HOBIN JANG HOBIN~
November 7, 2009
Hobin Jang Hobin…3x
Daghi sawah tughun padang
Kini kau dah pandai nondang
Kali ini mesti monang
Bukan susah cukup sonang
Hobin jang hobin…3x
Sumbek gol banyak-banyak
Bia sampai jaghing kuyak
Main bia hati-hati
Jangan masok gol sendighi
Hobin jang hobin…x3
Duo satu kocik bona
Ompek satu sonyum lebar
Kalu buleh tujuh kosong
Bia dio balik molopong
Molopong.. molopong. molopong..
Hobing jang hobin…3x
Hobin jang hobin…3x
Yam Tuan sokong kito
Montoghi Bosar sokong kito
Undang Luak sokong kito
Jangan buek malu muko
Hobin jang hobin…3x
Kali ini kalau kalah
Balik kampong potong gotah
Kito jangan monggollabah
Pialo kito punggah
Punggah.. punggah…
Hobin Jang Hobin…3x
Hobin bin bin bin hobin jang hobin…………..
Hobin… hobin… hobin jang hobinnnnn……..
Hobin jang hobin….



~BUAT HABIS BAIK~
July 23, 2009

Penat nya… ape la beta ni penat? padahalnya beta byk jadi pemerhari je. Ye ar smalam rabu ada perjumpaan pengakap. So ajar kawad kaki. Romi yg bagi arahan…suara dia kat kuat. hihihi. beta just memerhati dan membetulkan mana2 pelajar yg membuat kesalahan. Sempat gak beta berkongsi tips bagaimana untuk mencantikkan kawad kaki. X sia2 beta ader manik kayu… Ye la kawad kaki nampak susah padahalnya mudah jika kita memahami akan arahan dan prinsip kawad kaki. Well minggu depan beta janji nak wat aktiviti nyanyian lak… Pek…Pek..Pekkkkk………

Bebudak pun enjoy ngan aktiviti kawad kaki ni, ye la buat kat tempat teduh, dewan terbuka. Zaman beta dedulu tengah panas teruk kena kawad kaki. Sebenarnya bukan x nak wat tengah panas cuma beta malas nak berjemur wakakakak… janji objektif tercapai kan…

~ADIOS~




~Ronda Ganu & Cherating~
May 22, 2009
Emmm… Alang2 gi ganu baik beta jenjalan terus kan… pas abis program kuar hotel, member2 lain semua da balik ke negeri masing2. Arini lak ahad cuti kalu balik pun comfem x sempat masuk skolah nyer, so beta plan nak ronda banda kuala terengganu… But x tau jalan n arah tuju… Beta nekad je drive kuar dari hotel Permai inn ke pusat bandar..ikut je penunjuk arah..Berjaya gak beta ke pusat bandar. menda yang pertama beta cari ialah… Pusat Penerangan Pelancongan… Bukan apa beta nak ambil map terengganu bagi memudahkan beta nak ronda… Bermula dari pasar payang, ke bazar warisan, kebetulan kat bazar warisan ni ader one stop center kesenian negeri terengganu, so x lepaskan peluang menyaksikan aktiviti tradisional negeri terengganu… Kemudian ke bukit puteri tapi sayang tak boleh naik ke puncak tu la… pintu gril dia berkunci. Kemudian beta jalan2 sekitar bandar terengganu sambil menikmati keindahan pantai kat situ…
Shoping2 apa yang patut kat pasar payang and ke pantai batu buruk menikmati kedamaian pantai… and terus drive ke masjid terapung… emmm cantiknya masjidnya. putih bersih bak mutiara. Pastu beta singgah kat Noor Arfa batik, ni dah kali kedua beta sampai noor arfa ni, emmm sempat sambar dua helai batik satu tuk ayah beta and tuk beta ar… kali ni diskaun 10% je tau… kat 0.5k gak la bis tuk hanya 2 helai batik… but puas hati la ngan kualitinya.
Pastu terus drive balik… ikut jalan tepi pantai… cantiknya view damai sekali… Singgah rantau abang jap.. tapi puas duk tunggu penyu x der pun hahahahaha… wow woderfull…. wok tgk pemandangan pusat pengumpulan minyak petronas api dia menyambar2. pastu lapar la plak..nak singgah makan kat kedai segan la pulok sensorang, nampak mcd so drive true je kat Mcd… sib baik seminit je lagi kul 3.00pm so dapat harga murah hihihihi… Singgah kemaman beli keropk lekor… sedap tau makan panas2.. Mata da ngantuk drive la ari da petang bab banyak tempat singgah…
Cherating best nyer…. singgah lagi… main2 air di gigi pantai… skodeng2 orang… nagntuknya… ari da petang, emm bermalam kat cerating best gak ni.. Tapi sensorang la x best. So balik je la Singgah umah my sis kat kuantan mandi2 n solat pastu terus meredah kegelapan malam yg ditemani rembulan… Sampai di teratak 65 lebih kurang jam 10.00pm…. Penatnya….
Jom tido la……..
~ADIOS~



~I JUST WANNA IT’S BACK~
April 29, 2009
Setiap yang patah pasti berganti, namun yang tumbuh hanya tunas muda manakan sama dahan yang patah. Begitulah sebuah kitaran kehidupan yang penuh ironinya. Sebuah kehidupan tidak dapat lari dari sebuah kehilangan… begitu juga dengan beta, beta amat merindui susana gembira di sini. Dulu disini penuh dengan gelak ketawa, gurau senda ibarat sebuah keluarga besar. cubit peha kanan peha kirikan terasa jua. Begitulah sebuah keluarga besar yang berlainan darah dagingnya. Darah daging bukan menjadi garis pemisah untuk bersama mengharungi segala susah senang disini. Dulu segala kesusahan dikongsi bersama, semua kesenangan di rasai bersama, segala kesedihan ditangisi bersama semuanya sepakat sebulat suara mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Namun kini semuanya semakin terhakis sedikit demi sedikit seolah-oleh ia malap dalam kecerahan sinaran mentari. Dimana silapnya tidak beta tahu, dimana puncanya? entahlah… semuanya pudar. Jika dahulu bila beta ada masalah diluar, di bumi asing inilah beta temui kedamaian, namun kini dimana lagi beta harus membawa diri? Jika dahulu beta tidak kisah langsung untuk tinggal disini tika hujung minggu namun kini beta menghitung hari untuk keluar dari daerah ini saban minggu.
Segala kenangan dulu kian jauh dari beta…jauh… kian jauh…
Beta rindukan kenangan dulu…
Beta rindukan gelak ketawa yang dulu…
Beta rindukan gurau senda dulu…
Beta rindukan teamwork yang dulu…
Beta rindukan kekeluargan dulu…
Beta rindukan segalanya yang dulu-dulu…
Andai boleh dibayar untuk mengulangi masa lalu beta sanggup, namun yang berlalu x kan datang menjelama kembali…Beta berdoa agar keluarga kini bertaut kembali membina semangat kekeluargaan seperti dulu-dulu. Berharap yang pudar kembali cerah, yang cerah terus terang dan yang terang terus gemilang…Buat semua warga didaerah asing ini hanya satu beta pinta…
I JUST WANNA MY SWEET MEMORIES ITS BACK.
~ADIOS~



~SETAHUN DALAM KENANGAN~
July 19, 2008

 

Setahun sudah berlalu, meninggalkan kesan abadi dalam sanubari beta. Setahun berlalu pantas sekali. Jka setahun lalu beta masih dibumi titom menghitung hari2 berlalu dengan gundah gulana, serba tidak kena, entah mengapa. Naluri beta tidak tenteram, seolah menjerut jiwa. Kekesalan yg tida gunanya. Semua itu beta terima sebagai sebahagian dari qada dan qadar. Kesedihan yang melanda tida dapat terucap dengan kata kata dan tiada dapat dizahirkan dengan perbuatan. Merana dan terlena.

 

Jika 19 Jun 2007 boleh beta putarkan waktu ingin sekali beta mengikut kata naluri. Ia jika beta mengikutkan naluri beta, mungkin dapat beta menatap wajahnya. Namun sesal pun tiada dapat membuat apa2. Yang lepas biarkan lah ia lepas. yang pergi tetap akan pergi menjadi tetamu terlalu istimewa disana.

13 oktober 2006 keheningan malam yang indah di simbahi cahaya percikan kotaraya begitu mengasyikkan. Semua umat manusia melalui hari-hari yang mulia dibawah lembayung sinar ramadhan. Semuanya asyik menyelongkar mencari seribu satu malam didalamnya. Ditengah keheningan itu juga kelihatan kelibat seorang ibu yang perutnya separa buncit terjengkit-jengkit sambil diiringi suaminya disisi. Anak sulungnya diheret bersama meredah malam itu. Dalam kepekatan malam itu tiga beranak ini nampak cemas sekali, tompok-tompok peluh mula membasahi dahi suami itu, gelisah… melihat isterinya yang separa buncit itu mengadu sakit, Sakit apakah malam-malam begini, nak beranak ke? terlintas di benak lelaki berbadan besar yang bergelar suami. Bukankah lambat lagi tarikhnya. Seingat dia selepas berbuka puasa tadi isterinya mengadu sakit perut, mungkin sebab kekenyangan, telahanya. Namun kini lain benar rasanya. Seolah-olah dah mahu keluar adu isterinya. Dalam tergopoh gapah itu sampai jua mereka di Hospital Bersalin Besar Kuala Lumpur. Berapa cm? tanya doktor tua itu kepada seorang jururawat yang asyik dengan kerjanya. Biarlah itu memang kerja mereka berapa cm yang sentiasa menjadi ukuran mereka melihat dan terus melihat. Sang suami menanti-terus menanti, gelisahnya sukar dibendung, sedangkan ini bukan kali pertamanya melalui saat begini. Kehadiran ILMAN HAKEEMI dahulu disambut dengan dia disisi isterinya. Itu ketika di hospital di kampung isterinya.Kini dia keseorangan menanti di luar. Cemasnya tuhan saja yang tahu. Habis semua kenalan ditelifonnya, anak-beranak, saudara-sepatat ahh… hingga terlupa ayahandanya yang sejengkal cuma dari rumahnya itu. Cepat-cepat dihubungi orang tua itu. Sejam kemudian dia dipanggil masuk,anak sulungnya itu ditinggalkan bersama ayahnya yang baru setengah jam sampai itu. Debaran kian kencang namun semua itu tidak diendahkan. Tangan kasar itu menggemgam erat tanagn isterinya, mulutnya tidak lepas dari memberi kata semangat buat isterinya yang bertarung nyawa berjuang untuk membawa satu nyawa penyambung zuriat kedunia ini. Subuh yang indah dibawah sinar kemerahan maka lahirlah hamba allah yang suci bersih kedunia ini. Berita gembira itu disebarkan kesemua telinga manusia-manusia sedarah dengannya. Kelahiran puteri yang dinantikan setelah semua kerabat yang lain putera. Penantian itu akhirnya berakhir. Senyuman terukir dibibir semua manusia-manusia yang sudah sekian lama menanti kelahiran puteri idaman setelah tiga putera mewarnai mahligai keluarga itu. Maka kelahiran istimewa membawa sinar gemilang bakal menjadi penyeri dalam taman idaman. Kelahiran puteri yang dibernama SOFIA ALLYSHA memang dinanti, kelahiran pramatang membuatkan ia diluar jangkaan. Puteri dibawa bersemayam ke kampung halaman dengan penuh istiadat. Disambut dengan meriah semua bibir terukir senyuman………

Seindah wajah, semanis senyumanmu sofia allysha, Wajah yang sukar untuk ku padam dalam mindaku, wajah yang suci ini selalu bermain dalam benakku. Masih ku ingat lagi ketika majlis kesyukuran serta akikahmu diadakan meriah sekali bagaikan kenduri walimatul urus dibuatnya. Dua khemah besar didirikah bagi menampung tetamu, seekor lembu tumbang bagi santapan semua. Pelamin mini dibina khas buatmu, persis pengantin kau diandam, busana gaun moden, lengkap bertiara. Cantik sungguh melihat kau diarak keliling tetamu dialunkan gemersik suara marhaban menceriakan majlis. Rambutmu hitam ikal mayang itu dipotong sebagai tanda. Air mawar direnjis, tamar dan emas dibelah mulutmu. Meriah benar kau diraikan. Indah benar memori itu. Tubuh montokmu ditambah kegebuan kulitmu membuatkau bertukar tangan semuanya mahu mengendongmu. Dari satu tangan ke satu tangan kau berpaut. Senyuman terukir dibibir, ibu, ayah, maktok, atok malah semua sekali. Biar peluh mengalir bersusah payah melayan tetamu namun dihati …puas. Dari kelahiran yang dinanti hingga majlis kau diarai.

Tubuh gebu mu yang dulu moggel sekali dari sehari ke sehari susut, hinggakan gelang emas yang kaupakai ke bahu. Biarlah kebahu janji kau sudi memakainya. Hingga menampakkan tulang temulang. Dari susu berharga biasa hingga susu beharga puluhan ringgit kau minum. Susu ibumu semuanya tidak meberi kesan. Tubuhmu lesu. Sedih benarku lihatmu. Perutmu kian membesar… buncit, nafasmu tak selancar dahulu. Air mataku selalu mengalir bila melihatmu. Berat mata memandang namun berat lagi bahu memikul… Namun harapanku,ibumu,ayahmu dan semua tetap kuat. Bilang saja dimana bomohnya, akan kami pergi. Ubat mana, semahal manapun semuanya sanggup berkorban buatmu. Semuanya mahu kau tersenyum seperti dahulu, semuanya mahu kau bermain ketiga di sergah. Kini kau hanya memandang tidak lagi bermain seperti dahulu. Hospital sudah menjadi rumah keduamu. Tangismu seringku dengar ketika ibumu memaksa kau makan ubat… terngiang kata-kata pujuk ibumu " adik… makan ubat nanti adik cepat baik kan adikkan…" Ibu mana yang tak terguris melihat anaknya menangis namun diketepikan demi ubat itu. Masih kuingat cerita sang ibu itu, X tidak beri anaknya ubat kerana kesian tengok anaknya menangis, kini anaknya kritikal. Itulah semuanya kesian. Namun jangan menyerah kalah sebelum berjuang… tekat dibulatkan, azam dikuatkan, restu dipohon… takdir penentu segalanya…

18 jun 2007 Detik dimana wajah comel itu bertarung dengan kesakitan. Sedangkan beta hanya terdetik di hati yg tidak pasti terasing di daerah sepi. Naluti yang gundah. Jika di HKL semuanya mengadap wajah comel itu, membelai dan terus berdoa. Sedang kan beta? Benarlah naluri beta gundah mungkin wajah comel itu kepingin belaian beta disisinya. Namun semua itu beta redha.

19 Jun 2007 Wajah comel itu menutupkan matanya yang bercahaya itu. Tiada lagi cahaya yang terpamir dari bola mata itu. Tiada lagi pandangan bersinar pinta simpati dari wajah comel itu. Menutup mata buat selamanya. Hilanglah segala kesakitan yang dialami, tiada lagi kedengaran suara tangis membelah kesunyian malam. Rindu pada esak tangisnya. Masih beta ingat dari cerita bonda dimana semasa pengebumiannya ILMAN HAKIMEE menangis meronta, tidak membenarkan wajah ayu itu dikebumikan. “Jangan tanam adik… Kesian dekat adik duduk sorang-sorang…” Jika kanak-kanak berusia 4 tahun faham erti kasih saying inakan pula beta yg sudah 25 tahun dimuka bumi ini… Sayu sekali jiwa membawa lara. Kabut serangkai mawar yang kabur… Kelam malam yang gelita tidak ditemani sang rembulan. Kerdipan bintang tidak bermaya dikaburi tompok2 awan yang hitam. Kedinginan sebagai teman, rintik-rintik gerimis bakal menyirami alam maya ini…

20 Jun 2007 Beta akhirnya keluar dari daerah asing itu. Keluar dengan naluri yang kabur. Keluar dengan tidak tahu dgn apa yang berlaku. Memandu 2250 terus ke kampong halaman… Pelik dan aneh sekali… Kerana teratak bonda dipenuhi dengan kereta. Semuanya ada. Dengan perasaan yang tidak mengerti beta ajukan soalan mengapa semua berkumpul disini? Seangkan hidung beta terhidu kapur barus… Bagaikan halilintar membelah bumi… beta terduduk… Beta terlambat… wajah comel itu telah meninggalkan beta. Tinggal meninggalkan beta buat selamanya dan hanya meninggalkan pusara sebagai tanda bersemadi dan memori indah sebagai kenangan… Perginya Sofia Allysha akibat komplikasi "biliary atresia" dan sesak nafas. Allahyarhamah berusia satu tahun telah berjaya menjalani pembedahan "kasai"pada nov 2007.

 

Namun itu semua kenangan setahun yang lalu…Beta semakin kuat dan dapat menerima segalanya. Patah tumbuh hilang berganti biar tidak seperti dulu namun sudah cukup untuk mengubat kerinduan… Al fatihah buat allahyarham… semoga dikau menjadi tetamu teristimewa disana. Amin.