
Penat nya… ape la beta ni penat? padahalnya beta byk jadi pemerhari je. Ye ar smalam rabu ada perjumpaan pengakap. So ajar kawad kaki. Romi yg bagi arahan…suara dia kat kuat. hihihi. beta just memerhati dan membetulkan mana2 pelajar yg membuat kesalahan. Sempat gak beta berkongsi tips bagaimana untuk mencantikkan kawad kaki. X sia2 beta ader manik kayu… Ye la kawad kaki nampak susah padahalnya mudah jika kita memahami akan arahan dan prinsip kawad kaki. Well minggu depan beta janji nak wat aktiviti nyanyian lak… Pek…Pek..Pekkkkk………

Bebudak pun enjoy ngan aktiviti kawad kaki ni, ye la buat kat tempat teduh, dewan terbuka. Zaman beta dedulu tengah panas teruk kena kawad kaki. Sebenarnya bukan x nak wat tengah panas cuma beta malas nak berjemur wakakakak… janji objektif tercapai kan…
~ADIOS~

Hidup ini bagai kan flip flop…
Flip flop terus bergerak menghayunkan daun palstiknya keatas dan kebawah tanpa henti andai kuasanya dijana solar. Begitulah jua manusia terus bergerak dan bergerak andai kuasanya ada. Terus bernafas walau dimarah, dihina, dihimpit masalah, di hambat rasa duka dan terus menghadapi segala rintanganya. Keatas dan kebawah begitulah ayunan daun plastiknya umpama natijah sebuah kehidupan, ada kalanya kita diatas dan jatuh kebawah, bertatih kembali untuk bangun… Flip flop satu ikon baru yg dekat dengan beta. Memandangnya membuatkan beta rasa bersyukur. Hihihihi beta beli flip flop ni kat pasar malam minggu lepas cheap but menarik…
Kebelakangan ini daerah terasing ditemani gerimis dan rintik2 mutiara kekadang mencurah2 dan kekadang membelai manja… sejuk sekali rasanya . Nyaman namun kedinginanya terasa hingga ke tulang temulang. Hujan2 macaqm ni beta ada hobi baru… Every day beta mengullit lena dilingkari selimut.. hahaha betalah king of berbed. Sampai budak2 pun yap kat beta "hari2 berbed…berbed… x kan chegu". Ye la da hujan nak wat pe lagi tido ajelah. Malas nak menyibukkan diri yang x sibuk. Malas melayan kerenah itu dan ini. Biarlah beta menjadi King dalam dunia beta sendiri janji beta bahagia. Siapalah beta hanya kuli yang hina… bisa disuruh itu dan ini disiang harinya… bertukar menjadi maid tika malam menjelma. Melayan paduka2 raja yang tinggi darjatnya. opsss termengarut lak..
apa lah beta ni gila kuasa agaknya..semuanya nak… jangan sampai menyusahkan org lain dah la kan… kan… cukup2 la apa yg dah dapat, bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan. Jangan nak pulun semua. Share2 la ngan org lain gak..tak gitu. Beta bukan apa… Ye la beta kan Guru Besar, beta lah tukang masak, betalah tukang sapu dan semualah… Gila kuasakan… what everlah.. Dalam menyulam dan menjalin tikar kita pasti ingat akan susunan jalinanya.. mengikut susur galur aturnya. Jika tersilap maka sengatlah tikar itu. Ingat jalinan maka molek tikar terbentang. x faham lagi ker… susah la kalu x faham. ok beta ulang lagi dalam mengait baju panas jalinan tali airnya perlu dikembangkan satu persatu, tali air bertaut antara satu sama lain. Kait dikanan dan kait dikiri baru bercantum. Jika tersalah kait maka besar sebelahlah baju itu. Jika elok dikait maka cantik dipakai baju itu… x faham lagi ker??? faham2 sendiri lah… Apa yang beta mengarut ni… beta pun x tau… serabut agaknya kepala ni….
~ADIOS~

penin hahahaha… Entah ar beta mang x tahan ngan durian. Bukan jijik melihat durian, namun aromanya membuatkan beta penin n nak muntah. Kalu sebatu bau durian beta da boleh bau,psss… org sedawa or
aduih… Tolong… Help… Help…
Aroma raja buah di titom agak kuat nak dibandingkan dengan aroma raja buah yang di kawasan lain, Mungkin kat sini durian hutan n suasana yang amat semulajadi mempengaruhi aromanya. Beta ni pelik durian beta x makan but tempoyak beta makan…hahahaha, bab beta hanya x tahan dengan aromanya, bila dah jadi tempoyak aromanya hilang. Tapi kalau tempoyak baru beta x makan jugak…
