Alahai…
banyak nyer la soalan cam nak jawab periksa plak. Emmm
Beta kan bijak, beta nak jawab soalan dalam dua versi. Versi bijak dan Versi suka-suka. Memula Ni Versi Bijak dulu eks… Mai kita Tengok kebijakan Beta…
Soalan 1: Dalam banyak-banyak bintang, bintang apa yang ko suka?
Jawapan Beta Versi Bijak : Sila rujuk jawapan bagi soalan nombor 10 & 11 
Soalan 2: Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa ko paling takut?
Jawapan Beta Versi Bijak : sila rujuk jawapan soalan 1.
Soalan 3: Dalam banyak-banyak masalah, masalah apa yang paling berat untuk ko?
Jawapan Beta Versi Bijak :.sila rujuk jawapan soalan 1 dan 2.![]()
Soalan 4: Dalam banyak-banyak cerita, cerita apa yang paling bodoh pernah ko dengar?
Jawapan Beta Versi Bijak :sila rujuk jawapan soalan 1,2 dan 3.
Soalan 5: Dalam banyak-banyak perkara, perkara apa yang paling bodoh pernah ko buat?
Jawapan Beta Versi Bijak :sila rujuk jawapan soalan 1,2,3 dan 4.
Soalan 6: Dalam banyak-banyak perkara gak, perkara apa yang paling membanggakan ko?
Jawapan Beta Versi Bijak :sila rujuk jawapan soalan 1,2,3,4 dan 5.
Soalan 7: Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang ko rasa tension?
Jawapan Beta Versi Bijak :.sila rujuk jawapan soalan 1,2,3,4,5dan 6 
Soalan 8: Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang ko nak lawat?
Jawapan Beta Versi Bijak : sila rujuk jawapan soalan 1,2,3,4,5,6 dan 7
Soalan 9: Dalam banyak-banyak anggota badan ko, yang mana ko rasa kiut @ comel?
Jawapan Beta Versi Bijak :sila rujuk jawapan soalan 1,2,3,4,6,7 dan 8.
Soalan 10: Dalam banyak-banyak soalan kat atas ni, yang mana satu ko tak mahu jawab?
Jawapan Beta Versi Bijak : Soalan yang nombor satu.
Soalan 11: Dalam banyak-banyak soalan yang aku suruh ko jawab ni, apa soalan aku yang terakhir?
Jawapan Beta Versi Bijak : Soalan yang nombor satu.
Jawapan beta versi Suka-suki :
Soalan 1: Dalam banyak-banyak bintang, bintang apa yang ko suka?
Jawapan beta versi Suka-suki : Bintang kesukaan beta, jula juli bintang tiga. Hihihi cite tu best aper? sape2 yg penah tengok citer lama-lama sure suka punya cite tu. bintang lain yg beta x suka plak adalah bintang tiga.
Ade2 sape2 suka ke bintang tiga ni… habaq mai skit?
Soalan 2: Dalam banyak-banyak hantu, hantu apa ko paling takut?
Jawapan beta versi Suka-suki : Hantu? beta x takut langsung kalu hantu masa bulan pose ni… manatidaknyer abis semua kena rantai kan. Tapi hantu yg paling beta suka adalah hantu dalam citer Pontianak harum sundal malam tu.
Cantik giler hantu tu (meriam a.k.a Maya karin)
Soalan 3: Dalam banyak-banyak masalah, masalah apa yang paling berat untuk ko?
Jawapan beta versi Suka-suki : Masalah paling berat ialah masalah yg dipikul la atau dijunjung x pun masalah yang diheret. hihihihi ader ker? Beta x tau coz beta x pernah pun timbang masalah beta? Satu lagi kalu masalah dia pakai timbang kilo gak ker? ke dia pakai kati.
Setahu beta pekara yg paling berat adalah memegang amanah. tul kan…
Soalan 4: Dalam banyak-banyak cerita, cerita apa yang paling bodoh pernah ko dengar?
Jawapan beta versi Suka-suki :Cerita paling bodo yang beta penah dengar adalah cerita mengenai orang bodahlah. Dah tentu la cerita tu bodah coz orang bodoh yang ceritakan… kan joned kan joned kan. hihihihi.
X der la cerita yang paling bodoh pernah beta dengar adalah cerita dari orang gila yang datang lepak kat umah beta aritu. nak halau x biaik plak kan atau pun x pasai2 la dia amuk. So beta dengar la… Ntah ape2 ntah dia mengarut cakap dia pm la, dia bunuh orang la. gila betul orang gila tu…
Soalan 5: Dalam banyak-banyak perkara, perkara apa yang paling bodoh pernah ko buat?
Jawapan beta versi Suka-suki : X der sebab betapandai mana bodoh. Soalan tu kena ubah la. Pekara yang paling pandai yang penah beta buat.baru betul. beta kan pandai… kalu beta bodoh sure x jadi cikgu nyer. Ader ker orang yang bodo jadi cikgu. Kecuali si BU tu la putra.
Soalan 6: Dalam banyak-banyak perkara gak, perkara apa yang paling membanggakan ko?

Jawapan beta versi Suka-suki : Yang ni beta suka. Paling beta bangga adalah masa time sekolah dulu lah beta penah dapat best student masa S.P.M aritu. Kembang montot beta naik pentas, Bonda n Ayahanda pun senyum sampai ke telinga masa beta naik pentas. Satu lagi pekara yang paling beta Bangga adalah dapat kawan2 yg best kat titom ni…
Soalan 7: Dalam banyak-banyak hari, hari apa yang ko rasa tension?
Jawapan beta versi Suka-suki : X der.
Coz beta suka semua hari. Hari-hari beta hadapi dengan senyuman.
Soalan 8: Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang ko nak lawat?
Jawapan beta versi Suka-suki : Negara atas angin N bawah angin. Nak gi amerika nak jumpa bush,
nak tanya sebab aper dia dengki sangat kat negara islam.Hihihihi. Dah tentu la nak gi Haji or umrah doakan beta tahun hadapan insyaallah beta akan gi umrah. sukanyer…
Soalan 9: Dalam banyak-banyak anggota badan ko, yang mana ko rasa kiut @ comel?
Jawapan beta versi Suka-suki : Semua comel.
Semua ciptaan allah ni kan comel. Kalu cakap x comel nanti x bersyukur plak. Tapi yang beta rasa paling comel adalah ntah la x tau… Tanya putra or munger la nanti beta cakap beta masuk bakul angkat sendiri plak
hihihihi.
Soalan 10: Dalam banyak-banyak soalan kat atas ni, yang mana satu ko tak mahu jawab?
Jawapan beta versi Suka-suki : Semua soalan sebab beta malas nak menaip.
hihihihi.
Soalan 11: Dalam banyak-banyak soalan yang aku suruh ko jawab ni, apa soalan aku yang terakhir?
Jawapan beta versi Suka-suki : Ape la… Soalan terakhir adalah soalan yg duk kat bawak sekali la. dah lumrah akhir mesti belakang, mula mesti dihadapan. Sama juga naik mesti keatas turun kebawah kan…kan…kan…
Aiyooo…
Di Tag lagi, ni belum lagi campur hutang ngan putra745, munger, ader 4 utang tag lg. Nanti beta jawab ok…samada lambat or cepat je. Skarang ni kan mood beta dalam kemalasan tahap dewa
. hihihihi. Ok lah berbalik pada topic tag ni… Senang je babtu beta jawab tag ni dulu. Ni lah dia desktop background yang terbaru, gambau ni kipnap kat fotopages je… cun sgt gambar ni
. sejuk mata memandang. Pastu desktop beta kosong je… Serabut je kalau beta pamerkan icon fail-fail tu. So beta lebih senang biarkan dia kosong.
Sebelum ni beta pakai desktop ni.
Yang nie original beta snap gambau and edit sendiri. Beta memang suka gambau-gambau yang tenang, cantik bila melihat. Macam biasa x der serabut ngan icon fail-fail kat desktop. 
Ala x tau nak tag sesapa
. So sape2 je nak jawab tag ni boleh lah jawab. Beta x tau nak tag sapa… Sapa nak jawab angkat tangan…
okey.
VIRUS Tag by Kak G
Sejak bila anda mula berpuasa penuh?
Kata kak G: Maso sebolum uzur syarie den poso ponoh dan maso mengandung la… lelain tu mano ado ponoh. Biaso la orang pompuan. Apo la tanyo soklan camni. Kalau den ni lelaki patut la poso ponoh.
Kata beta : Beta start puasa penuh bila eks… Rasa-rasanya masa tingkatan 1 kot coz masa beta sekolah rendah dulu-dulu beta suka puasa sambung-sambung. Mesti pelik kan sambung-sambung, means bila azan je x kira la zohor ke asar ke beta berbuka puasa pastu sambung balik. Nakalkan beta but tu zaman kanak-kanak, bila dan membesar selaras dengan kematang diri. Kewajipan tetap ditunaikan mengikut syariat.
Pernahkah anda ponteng puasa dan apakah alasannya?
Kata kak G: Tak ponah lak ponteng poso. Kalau termakan atau terminum tu biaso la… tapi den pogang kato ustazah den dulu… kalau tak sengajo tak batal. Kiro den ni budak baik la maso kocik dulu. Memang tak berani nak ponteng poso sobab maso tu den duk kek umah arwah wan dan atok. Arwah Wan den tu garang…sapo tak poso tak buleh makan maso buko. Dio lak masak sodap…kalu tak poso nanti dapek makan tulang jo la… Hui hati koreng orang tuo tu. Maso tak buleh poso pun den buek macam orang poso gak. Tak berani la nak makan dopan sesiapo pun sobab kang tak pasal-pasal kono bantai dek wan. Kalau maso tak poso tu den curi-curi minum air kek bilik mandi. Hahaha sambil mandi den minum air perigi. Apo pun den respek kek arwah wan den sobab ketegasan dio tu den terdidik. Sampai sekarang ni kalau den tak leh poso pun den sogan nak makan minum dopan anak-anak!
Kata beta : Ponteng… alhamdulillah tembok iman beta masih kuat dari godaan-godaan nafsu. Seingat beta bila dah dewasa nie x der dah tabiat ponteng puasa. Masa tahun 2005, beta kena pergi kursus Biro Tata Negara masa bulan puasa. Aduh penatnya. Kalu nak tahu penatnya macam mana sila tanya Putra,En Kasmara Atau kak g sendiri. Coz semua penah gi BTN. Sampai ada kawan beta tuang puasa aritu masa kembara. Bagi beta itu dugaan masa zaman nabi aritu siap boleh perang lagi. Masa kecik-kecik betalah johan memonteng puasa. Kalau petang-petang bonda selalu menyuruh beta jadi posmen tukang hantar juadah kepada jiran-jiran so semua juadah itu beta tol masuk poket makan dalam bilik.HIHIHI… Geli hati bila teringat zaman kanak-kanak.
Adakah anda pernah bermain bunga api dan mercun?
Kata kak G: Maso den kocik dulu memang goma main morcun ni. Bungo api pun den suko. Ado sekali tu den bagi adik main bungo api yang pakai pogag yo tu peh tu talo ke langit…tebaka tangan ea. Apo lai obah den mengamuk sakan. Kono lak tangan tu tangan anak kesayangan obah. Tau yo la soja pencen… cikgu kawat dan cikgu menembak… bebilai gak la punggung den ni ha… tapi sepanjang den main morcun dan bungo api ni memang tak ponah lak tebaka tangan ko kudung jari…Amin. Apo-apo pun den memang goma main api ni…hahaha den ni kaki moghun sampah. Habih sampah-sampah den baka. Ado sekali tu den moghun kek kobun gotah Pak Andak … nyarih tebaka kobun gotah orang tuo tu. Den moghun kek dopan umah lak…habih lalang tebaka…seb baik umah obah den tak hanguih… hahaha..
Kata beta : Bab bunga api nie memang kewajiban beta. Kalau dah dekat nak raya beta selalu beli bunga api kat chow kit untuk anak-anak buah beta. Bunga api je tau. Mercun tak boleh bahaya. But masa kecik-kecik dulu masa balik kampung beta selalu tengok kawan-kawan main mercun bulun & mercun kebait. Gerun tengok tau….Bunyi dia kuat sangat BOOOM ….
Juadah apakah menjadi kegemaran anda sewaktu berbuka?
Kata kak G: Samo la…apo yang ado sumo den boda. Tapi kalau orang lotak kotam atau udang galah ko rimau ko memang den tak pandang la…sobab ea allergic. Kalu tak tu habih gak raso ea den boda…peh tu macam pacek konyang… tesanda kek dinding….
Kata kak G: Kek umah den ni tak do radio. Den tak ponah boli radio pun. Maso kawin dulu amik radio obah yang dah tak pakai lai. Sekarang ni radio tu pun dah ranap. Kek keto Proton den tu pun radio ea tak leh pakai. TV lak mano ado kuar lagu-lagu rayo kecuali rancangan ari rayo. Selalu ea bukan den yang tengok TV tapi TV yang tengok den. Hahaha… kaki membuto ni… Jadi den tak tahu la lagu-lagu rayo mano yang den suko atau fevret. Kalau lagu zaman dulu tu den ingat la tapi judul lagu ea…ontah den pun tak amik kisah pun. Yang den ingat lagu Saloma tu…dam dam dum bunyi mercun …peh tu apo senikato yang lain den tak ingat. Kesian kek den ni kan…sesiapo yang nak sedokah an radio leh la kirim ke rumah den yo…
Kata kak G: Ado duo umah yang wajib den poi. No. 1 umah obah ngan omak den la. No. 2 umah mak mertuo den kek Felda Air Tawar 2 tu. Kalau tak poi kang mau ribut topan jadi ea… Apo nak susah, umah obah den baru 14km dari umah den, umah mak mertuo lak baru 18km dari umah den. Dalam sehari den leh ulang alik dari rumah ke rumah-rumah tu. Seb baik dapek suami orang dokek yo…kalu dapek mamat lamo kek Perak dulu tu…hai mau menangih den dibuek ea… Seb baik la tak do jodoh den dengan Z tu… (Hai Z kalu ko baca blog aku ni …Selamat Hari Raya ek…berapa orang askar ko sekarang?…hahaha…sori la aku masih macam dulu gak tak romantik langsung… dari awek brutal ko dulu… cis sompek lak buek jojak kekasih kek sini jap…)
Pernahkah anda bertugas di hari raya?
Kata kak G: Akak ni cikgu la… mano ado sekolah bukak maso hari rayo dik oi. Maso kojo kek Pejabat Pelajaran dulu kono kojo hari ketigo. Maso tu dah melangkah nak kuar umah poi berayo. Bos telepon suh siap an data sobab JPNJ mintak. Nak wek camno…dongan baju rayo la den poi kojo. Bos cakap habis keje awak bolehlah pegi raya… kojo tu siap dokek pukul 1 tengahari. Apo lai den bersungut la maso siap an kojo tu… anak-anak kek umah dah tensen. Seb baik laki den tu penyayang… Lopeh Zuhur baru den leh poi berayo.
Kata kak G: Banyak sangat sampai tak larat nak tulih. Yang best dapek duit la maso kocik-kocik dulu. Sampai den Tingkatan Limo pun dapek duit rayo…siap mintak ngan pakcik dan makcik den. Hahaha mato duitan boto…
