Takziah beta ucapkan kepada sepupu beta atas pemergian Ibu mereka a.k.a Mak saudara beta. Allahyarhamah telah menghembuskan nafas yg terakhir pada hari ahad lepas 28 Jun 2009 lebih kurang jam 6.00 ptg di Pekan, Pahang. Beta agak terkejut mendapat berita berkenaan melalui YM dgn abg beta… Seorang demi seorang, orang disekeliling beta meninggalkan beta wat selamanya. Terdetik dihati beta agaknya gerangan siapakan pula? Adakah beta?… Terasa kerdil sekali diri ini memikirkan detik dan saat tika mahu mengadap sakaratulmaut… Sediakah beta??? entahlah marilah kita sama2 memuhasabah diri. Manakan tahu selepas ini kita pula yg pergi… Diatas kesedaran itu beta memohon kemaafan dan keampunan atas segala kekhilafan beta serta kelakuan beta secara tersurat dan tersirat, beta hanya insan kerdil dimuka bumi ini… Andai ku pergi dulu iringi pemergian beta dengan AL FATIHAH…

ALFATIAH… buat orang yg beta rapat dan telah pergi dulu : Hj Zakaria, Hj Mohd Piah, Hj Yaakub, Sofia Allysha, Rosbi , Zaleha, & Semua umat islam dimuka bumi ini… AMIN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2250 aka MERAH coming soon ( sempatkah beta?)
~ADIOS~

Telefon… telefon berbunyi…
Telefon… kami datang.
Telefon… telefon berbunyi…
ada haiwan dalam bahaya!!
ada haiwan dalam bahaya… di sana…
kerja sama..
apa yang penting ?
kerja sama..
Wonder Pets Wonder Pets…
kami datang..
membantu (anak haiwan) yang kesusahan..
kami tak besar..
dan kami tak kuat..
bila bekerjasama semua jadi mudah..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Alfatihah
Raja pop dunia, Micheal Jackson meninggal dunia di sebuah hospital di LA, pagi ini kerana serangan jantung. Setahu beta sebelum kembali ke LA untuk konsert jelajahnya beliau telah memeluk Agama islam. Moga matinya sebagai islam hendaknya..
Amin
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nantikan kemunculan 2250 aka MERAH
COMING SOON…
Merah…
Cantik menarik tertarik kau memang da bom…
New 2250 akan datang.
Nantikan kemunculannya…
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tahniah to my sis coz kerana kelahiran Nur Alya Hayani. Segala anugerah yang dikurniakan adalah satu rahmat. Iam proud… Curahkan segala kasih sayang yg penuh keikhlasan padanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
*opss sory kepada sesiapa jua andai tajuk entry beta membuatkan hati sanubari kalian semua terluka. Andai ia adalah hak eksklusif anda maka ia adalah hak anda. Bagaikan lagu yang diputarkan diradio hakciptanya terpelihara namun sesiapa bebas untuk menulis tajuk lagu itu dimana-mana jua… semuanya itu tidak bertujuan menjual dijual atau menjatuhkan maruah sesiapa termasuk penciptanya… Fikir-fikirkanlah… dunia ini tidaklah sebesar mana…
~~~~~~~~~~~~~
Nantikan kemunculan Merah @ 2250
Hidup ini bagai kan flip flop…
Flip flop terus bergerak menghayunkan daun palstiknya keatas dan kebawah tanpa henti andai kuasanya dijana solar. Begitulah jua manusia terus bergerak dan bergerak andai kuasanya ada. Terus bernafas walau dimarah, dihina, dihimpit masalah, di hambat rasa duka dan terus menghadapi segala rintanganya. Keatas dan kebawah begitulah ayunan daun plastiknya umpama natijah sebuah kehidupan, ada kalanya kita diatas dan jatuh kebawah, bertatih kembali untuk bangun… Flip flop satu ikon baru yg dekat dengan beta. Memandangnya membuatkan beta rasa bersyukur. Hihihihi beta beli flip flop ni kat pasar malam minggu lepas cheap but menarik…
Kebelakangan ini daerah terasing ditemani gerimis dan rintik2 mutiara kekadang mencurah2 dan kekadang membelai manja… sejuk sekali rasanya . Nyaman namun kedinginanya terasa hingga ke tulang temulang. Hujan2 macaqm ni beta ada hobi baru… Every day beta mengullit lena dilingkari selimut.. hahaha betalah king of berbed. Sampai budak2 pun yap kat beta "hari2 berbed…berbed… x kan chegu". Ye la da hujan nak wat pe lagi tido ajelah. Malas nak menyibukkan diri yang x sibuk. Malas melayan kerenah itu dan ini. Biarlah beta menjadi King dalam dunia beta sendiri janji beta bahagia. Siapalah beta hanya kuli yang hina… bisa disuruh itu dan ini disiang harinya… bertukar menjadi maid tika malam menjelma. Melayan paduka2 raja yang tinggi darjatnya. opsss termengarut lak..
apa lah beta ni gila kuasa agaknya..semuanya nak… jangan sampai menyusahkan org lain dah la kan… kan… cukup2 la apa yg dah dapat, bersyukur dengan rezeki yg dikurniakan. Jangan nak pulun semua. Share2 la ngan org lain gak..tak gitu. Beta bukan apa… Ye la beta kan Guru Besar, beta lah tukang masak, betalah tukang sapu dan semualah… Gila kuasakan… what everlah.. Dalam menyulam dan menjalin tikar kita pasti ingat akan susunan jalinanya.. mengikut susur galur aturnya. Jika tersilap maka sengatlah tikar itu. Ingat jalinan maka molek tikar terbentang. x faham lagi ker… susah la kalu x faham. ok beta ulang lagi dalam mengait baju panas jalinan tali airnya perlu dikembangkan satu persatu, tali air bertaut antara satu sama lain. Kait dikanan dan kait dikiri baru bercantum. Jika tersalah kait maka besar sebelahlah baju itu. Jika elok dikait maka cantik dipakai baju itu… x faham lagi ker??? faham2 sendiri lah… Apa yang beta mengarut ni… beta pun x tau… serabut agaknya kepala ni….
~ADIOS~

